Pages

Sabtu, 21 Mac 2009

Terima Kasih Abah.

0 comments

Jam didinding menunjukkan 3pagi,entah kenapa malam ini aku merasakan dadaku amat perit sekali,sukar untukku bernafas,aku cuba bangun untuk melegakan rasa didada,tetapi tidak juga.Masuk hari ini,sudah 4hari aku dibilik sakit madrasah,bosan juga bila menetap didalam bilik sepanjang masa,melihat orang kehulu-kehilir,dari pagi sampai ke malam,aku masih ingat lagi semalam baru sahaja aku buat temujanji dengan dr.ismail,katanya aku hanya sakit asma biasa,tapi aku seakan tidak percaya,kerana kali ini aku rasakan bukanlah biasa,sesaknya lain macam,aku tetap tekad hari ni aku nak berjumpa dengan doktor sekali lagi,aku dapat rasakan ubat asma yang aku sedut dari hari sejak aku sakit itu tidak memberi kesan.


Kata-kata dr.ismail selepas membuat pemeriksaan darahku sebentar tadi membuatkan aku jadi terperanjat seketika,tidak ku sangka darahku mengandungi racun,dan ada sedikit kesan kepada paru-paruku,disebabkan aku mengambil ubat sedut asma melebihi dos yang ditetapkan,aku memang mangkok!..huhuTanpa berlengah lagi,aku dibantu rakanku yang bertugas sebagai juruwat yang lebih dikenali sebagai humaidi,dia bersama safwan memapahku ke dalam kereta ustaz razif,ketika itu aku agak panik,aku tak mampu berjalan,saluran pernafasanku terasa amat sempit sekali,tulang didadaku terasa seakan-akan menghimpit paru-paruku,pedih yang teramat sangat,tenagaku hilang sepenuhnya.Aku terus dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,sesampai sahaja aku di hadapan pintu kecemasan,aku dibawa dengan katil bertayar ke dalam wad,tidakku sangka aku dimasukkan ke CCU,semua ahlinya makcik-makcik dan atuk-atuk yang dah lanjut umur.




Ketika itu aku hanya ditemani ustaz razif dan abang yusuf,aku berharap pada ketika itu aku dapat bertemu dengan ahli keluargaku,aku rasa ajalku hampir tiba pada ketika itu.Apabila aku bertanykan juruwat,dia pun tidak pasti apa penyakitku sebenar,menyebabkan aku semakin takut,setiap masa aku bertaubat dan meminta ampun dari Allah akan segala dosa-dosa yang aku telah buat,malam itu aku dikunjungi Abahku yang datang dari johor bharu,beliau berada disana atas maksud urusan syarikat,tidakku sangka panggilan sebentar tadi menggunakan handphone ustaz razif dijawab oleh abah,katanya akan sampai dalam 2jam lagi,abah agak cemas ketika mendengar perkhabaran aku dimasukkan ke CCU,mulai malam itulah abah tidur di perkarangan hospital,semata-semata ingin menjaga aku,kadang-kadang abah tidur diatas kerusi menunggu diluar wad,kadang-kadang juga abah tidur didalam kereta,ditempat letak kereta yang banyak nyamuk,sukar bagiku untuk memikirkan kembali segala apa yang abah lakukan untukku.


Jam didalam wad menunjukkan 8.00pagi,aku masih ingat seorang doktor india dan melayu datang memeriksa pesakit-pesakit termasuk aku,tangan kananku yang agak kemerah-merahan kerana tusukan jarum untuk memasukkan air kedalam saluran darahku agak berdenyut-denyut hari ini,aku harap jarum yang dah dua hari melekat di tanganku ini dicabut secepat yang mungkin.”Doktor,bila saya boleh keluar?,penyakit saya teruk sangat ke?”soalku dengan muka yang agak menagih simpati.”Penyakit adik taklah terlalu kritikal,teruskan makan ubat-ubat tu,lepas ni adik dah boleh masuk wad biasa”kata doktor melayu yang bernama Tengku Razak,”Satu lagi,lain kali jangan guna guna ubat asma tu melebihi dos tau,awak ni pelik betul lah!hmm”gurau doktor india yang sedang mencatit sesuatu dibuku catatannya mengenaiku.Aku tersenyum sahaja,selepas selesai pemeriksaan,aku lihat abah yang mengenakan baju kot coklat datang dari jauh,”Alhamdulillah,abah ada disini,”aku bersuara sendirian."Nak makan apa?abah belikan kat bawah kejap lagi.”.Abah memang memahami aku sejak dari dulu lagi,abah faham yang aku menahan sabar memakan sajian pagi,tgh hari dan malam tanpa garam dan gula,semua hidangannya tawar.Aku hanya pesan nasi lemak dengan telur mata dan teh tarik untuk kali ini,akhirnya kempunan aku diakhiri juga.Juruwat yang sebentar tadi memindahkan wayar air ditangan kananku ke tangan kiriku tersenyum dari jauh,mungkin dia tak sangka,aku seperti budak kecil dihadapan abahku.


Masuk hari ini,sudah 3hari aku di HUKM,pelekat berwayar didaku masih setia disitu,Cuma oksigen di hidung,aku cabut kerana terkadang aku agak rimas dengan wayar dihidungku,aku cuba untuk duduk,Alhamdulillah,rasa tenagaku sudah kembali.Pagi itu aku masih ingat lagi,ketika pemeriksaan doktor,abah berada disebelahku,aku dapat dengar sedikit pertelingkahan diantara abah dan doktor tersebut,apa yang aku faham,abah ingin membawaku pulang,dan menyambungkan perubatan di Hospital Besar Kuala Terengganu,tetapi doktor enggan memberi izin,akhirnya aku dengar abahku berkata dalam bahasa inggeris,”saya pun doktor dalam jurusan medical!”…Doktor yang sebentar tadi agak sombong tiba-tiba bertukar menjadi segan dan malu dihadapan abah,mungkin dia tidak menyangka yang abahku ini seorang doktor seperti dia,kerana abahku sentiasa dan selalu mengenakan jubah putih dan kopiah putih kalau kemana-mana.”Kejap lagi faiz dah boleh keluar,kena buat surat sikit je”abah bersuara dihadapanku,Alhamdulillah,ketika itu aku rasakan seperti menerima keputusan dari mahkamah membebaskanku keluar dari penjara,baju yang berwarna ungu bertali itu aku tukarkan kepada t-shirt,sebagai lambang kebebasanku,makcik nyonya dihadapan katilku agak hairan melihatku girang hari ini tidak seperti orang lain..

Rabu, 11 Mac 2009

S4H4B4T

0 comments

Alhamdulillah,dengan kasih sayang dan izin dari Allah s.w.t,dapat juga saya terus menulis,dalam kesibukan yang mendatang sejak dua menjak ini,sempat juga saya meluangkan masa untuk meconteng sedikit kata2..buat kali ini, ingin sekali saya menyentuh tentang persahabatan,kerana kita sebagai manusia sememangnya perlu bersahabat,cuma ramai orang tidak mengambil perhatian terhadap unsur-unsur halus dan penting dalam bersahabat.

1. Saling bantu membantu,dan saling peka dan proaktif,contohnya apabila seorang sahabat memerlukan bantuan,maka sahabat yang lain haruslah peka,kerana kemungkinan besar dia agak malu untuk meminta pertolongan dari kawan-kawannya, apabila seorang sahabat membantu rakannya tanpa diminta,maka dengan itu akan timbullah rasa kemesraan dan kasih terhadap rakan tersebut,sesetengah orang hanya akan membantu apabila kawannya itu meminta pertolongan darinya,maka orang ini diklasifikasikan sebagai orang yang angkuh dan ego,bahkan yang lebih teruk lagi apabila diminta pertolongan darinya,dilambat-lambatkan atau ditangguhkan menyebabkan sahabat tadi sabar menanti ,maka persahabatan ini tidak akan bertahan lama.

2.Saling bertolak ansur,manusia akan gembira apabila dirinya dilayan dan dijaga dengan rapi,tapi manusia agak tidak akan gemar apabila dia perlu melayan dan menjaga orang lain,itu memang lumrah makhluk bernama manusia,tapi haruslah kita perhatikan,dalam bersahabat haruslah saling bertolak ansur,adalah tidak adil seandainya seorang sahabat itu membantu rakannya ketika dalam kesusahan,memudahkan segala urusannya,tapi apabila kawannya yang membantunya tadi mengalami kesusahan,langsung tidak dipedulikannya,mungkin bagi anda perkara ini tidak mungkin akan berlaku,tapi percayalah bahawasanya ianya pernah berlaku dan tetap akan berlaku,kerana manusia adalah makhluk yang mudah lupa.

3.Tidak memandang rendah,selalunya kita mudah leka apabila kita diterima dan disanjung didalam persahabatan,maka kita langsung menghina dan memandang rendah sahabat kita,dengan mudahnya kita menganggap sahabat tadi hanya teman sementara cuma,kita tidak berhajat pun kepadanya,dan setiap bantuan yang sahabat kita selalu berikan,kita hanya menganggap semua itu memang tanggungjawabnya,jadi apabila dia enggan membantu atau memberi alasan terhadap kita untuk tidak membantu kita,maka kita akan naik berang dan memaki hamunnya,maka ini adalah satu kezaliman,sepatutnya kita menerima alasannya dahulu dan berbincang,kerana dia bukannya dicipta untuk menjaga dan membelai kita,dia punyai kerja dan matlamatnya sendiri,dan dia punyai hak dan jalan hidupnya sendiri.


4.Berterus terang,ini adalah masalah besar bagi kaum melayu,kerana kita adalah kaum yang sememangnya tidak akan berterus terang seandainya menghadapi apa-apa masalah,ini adalah salah satu diantara masalah-masalah yang besar dalam berkomunikasi,khususnya dalam bersahabat,sepatutnya perkara ini boleh dipertimbangkan,tidak perlu untuk malu dan segan, tetapi seandainya ada perkara yang kita terlalu malu untuk berterus terang dihadapannya,kerapkan meminta maaf dari sahabat yang kita selalu berterus terang dengannya,contohnya:”Ali,kau boleh tak basuh periuk yang kau guna untuk masak tadi sebab aku nak guna sekarang nih,maaf ye”,maka dengan cara ini tidak akan terjejas perasaan
mana-mana pihak,melainkan kalau ali tetap enggan dan degil,maka itu lainlah ceritanya.


Khamis, 5 Mac 2009

Misteri di Karak..

0 comments

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri.

Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air.

Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan.

Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.
 
Copyright 2010 AMBOI.
Designed by PANKAJ C. Thanks to BloggerBits