Pages

Selasa, 27 Mei 2008

Pengharaman Mengumpat

0 comments
- Mengumpat adalah perkara lumrah dalam kehidupan seseorang insan,ianya adalah sebahagian dari naluri manusia biasa,oleh itu tidak dapat tidak kita harus mengenalinya, apakah erti kata mengumpat dalam makna yang sebenar,dan apakah hukumnya di sisi agama islam.Cuba kita lihat pada ayat ini :

قال الله تعالى: {ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرحتموه واتقوا الله إن الله تواب الرحيم}

-Bermaksud :
Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah daripada kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu gemar memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat itu) sudah tentu kamu jijik(berasa kotor) kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(surah al-hujrat:ayat 12)

-Dari segi terjemahannya sudah cukup jelas kepada kita , bahawasanya Allah s.w.t melarang kita daripada mencari keaiban orang lain,dan setiap larangan didalam Al-Quran ataupun Hadis berdasarkan usul-fiqh adalah satu pengharaman. Allah juga membuat persamaan pula seolah-olah kamu memakan daging mayat saudara kamu yang diumpat itu.Alangkah jijiknya perumpamaan yang Allah berikan kepada kita,supaya dapat kita tahu betapa jijik dan kotornya perbuatan mengumpat itu.


قال الله تعالى: {ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد}
-Bermaksud:
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pemerhati yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).(surah Qaaf:ayat 18)

-Justeru itu setiap orang yang beriman hendaklah berhati-hati dalam setiap percakapan,kerana malaikat pencatat tidak pernah meninggalkan sedikit pun perkara yang kita lakukan melainkan akan dicatat olehnya ,dan akan dihisab di hadapan Tuhan semesta alam kelak.

وعن أبي هريرة رضي الله عنه أنّ رسول الله (ص) قال : " أتدرون ما الغيبة؟ ", قالوا :" الله ورسوله أعلم" , قال:"ذكرك أخاك بما يكره".قيل :"أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟.قال :"إن كان فيه ما تقول , فقد اغتبته , وإن لم يكن فيه ما تقول فقد بهتَّهُ ".
Makna Mengumpat :

-Maksudnya : Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bertanya : “Adakah kamu semua tahu apa itu mengumpat?”.Maka sahabat-sahabat baginda pun menjawab : “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”.Lalu baginda bersabda: “Kamu bercakap mengenai saudara kamu perkara yang dia tidak suka.” Lantas seseorang pun bertanya kepada baginda : “Apakah pendapat tuan jika saya bercakap mengenai perkara yang ada pada saudara saya itu?.Baginda pun menjawab: “Sekiranya apa yang kamu cakap itu ada pada saudara kamu,maka kamu telah mengumpatnya , dan jika tidak ada padanya maka kamu telah membunuhnya (memfitnahnya)”.hadis riwayat Imam Muslim

- Terkadang kita tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk,begitu juga sahabat-sahabat baginda s.a.w,mereka juga keliru untuk membezakannya ,oleh itu Rasulullah s.a.w menerangkan dengan jelas didalam Hadis ini tentang ciri-ciri dan bentuk mengumpat itu,supaya dapat kita mengenalinya dalam erti kata yang betul dan dapat kita menjauhinya dalam kehidupan kita.

وعن سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال :" قُلْتُ يَا رَسُوْلَ الله حَدَّثَنِي بِأَمْرٍ أَعْتَصِمُ بِهِ" , قَال :" قُلْ رَبِّي الله , ثُمَّ اسْتَقِمْ " , قُلْتُ : " يا رَسُولَ الله مَا أَخْوَفُ مَا تَخَفْ علي؟ فأخذ بلسان بنفسه , ثم قال : " هذا! " رواه التلميذي.

Amaran Rasulullah s.a.w :

-Maknanya : Diriwayatkan oleh Sufian bin Abdullah r.anhu dia berkata : Aku pernah bertanya Rasulullah s.a w “ Beritahulah aku satu perkara yang aku dapat berpegang teguh dengannya” Maka baginda bersabda “Katakanlah Tuhanku adalah Allah, kemudian berpegang teguhlah!”,selepas itu aku bertanya lagi : “Wahai Rasulullah apakah yang kamu lebih takut ke atas diriku?.Maka baginda memegang lidah baginda sendiri dan bersabda : “Inilah!”. Hadis riwayat Imam Tirmizi

- Jawapan Rasulullah s.a.w terhadap pertanyaan seorang sahabat ini sudah cukup jelas untuk kita fikirkan bersama ,kenapakah baginda terlalu memberi amaran sehingga tidak cukup hanya bercakap sahaja tetapi baginda memegang lidah baginda sendiri!.Apakah yang tersirat disebalik perbuatan baginda ini?.

Isnin, 26 Mei 2008

Welcome2 my frenz

0 comments

جِئْتُ لا أعلم من أين

ولكنِّي أتيْتُو
لقد أبصَرْتُ قُدَّامَي طريقا
فمَشَيْتُوسأبقي ماشياً
إن شئْتُ هذا أَمْ أَبَيْتُكيف جِئْتُ ؟
كيف أَبْصَرْتُ طريقي؟لَسْتُ أَدْرِي
......
أقديم أنا في هذا ا لوجود؟

هل أنا حرٌّ طليقٌ أم أسير في قُيُوْد؟
هل أنا قائد نفسي في حياتي أم مقود؟
أتمنَّى أنَّنِي أدري ولكن....لست أدري.
وطريقي,ما طريقي

؟ أطويل أم قصير؟
هل أنا أصعد أم أهبط فيه وأغور؟
هل أنا السائر في الدرب أم الدرب يسير؟
أم كلانا واقف والدهر يجري؟
.......لسْتُ أدري......
 
Copyright 2010 AMBOI.
Designed by PANKAJ C. Thanks to BloggerBits