Selasa, 28 Oktober 2008
My Journey....
Khamis, 2 Oktober 2008
Hari Raya...
Selamat Berhari Raya diucapkan kepada semua warga muslim,yang berada di seluruh negara.Alhamdulillah baru-baru ni buat kali pertama bagi saya behari raya di rantau orang,seronok juga,kami solat sunat raya di restoran malaysia (DAMAI),berserta jamuan hari raya,tapi majlis tidak berapa ceria disebabkan datuk DUTA tidak hadir,disebabkan terpaksa ke Djibouti,uruskan masalah lanun.
Bersama Bekas President Permaya(Persatuan Pelajar Malaysia Yaman),Ustaz Zulkhiri
Bersama Ridwan Hudaidah...
Rabu, 1 Oktober 2008
Lanun Somalia yang tidak berkesudahan....

Bunga Melati 5 dilepas selepas bayar RM6.8j
NAIROBI: Lanun di Somalia membebaskan kapal kargo Malaysia milik MISC Berhad (MISC) yang membawa bahan kimia, MT Bunga Melati 5, selepas wang tebusan AS$2 juta (RM6.8 juta) dibayar, lapor agensi berita, semalam.
Berita pembebasan kapal milik Malaysia itu disampaikan pegawai Program Bantuan Kelasi Afrika Timur berpejabat di Mombasa, Andrew Mwangura.

Inilah Kapal milik MSC yang bernama Bunga Melati
Kapal Ukraine itu membawa 33 kereta kebal T-72 dan bekalan tentera untuk Kenya bersama 21 anak kapal.
Kapal itu mengibarkan bendera Belize, menjadi mangsa terbaru lanun Somalia yang sudah menawan lebih 30 kapal pada tahun ini bertujuan menuntut wang tebusan besar.
MT Bunga Melati 5 dirampas sekumpulan lanun berkenaan di kawasan perairan antarabangsa di luar pantai Yaman, pada 29 Ogos lalu.
Mangsa terbaru..... kapal hak milik Russia yang turut dirampas baru-baru ini.
Kapal itu dengan 41 anak kapal terdiri 36 warga Malaysia dan lima krew penyenggaraan sementara warga Filipina, membawa 30,000 tan bahan petrokimia dalam pelayarannya ke Singapura dari Yanbu, Arab Saudi.
Ia kapal kedua milik syarikat perkapalan nasional Malaysia itu yang dirampas lanun.
Pada 19 Ogos, sebuah kapal MISC, MT Bunga Melati 2, dirampas sekumpulan lanun bersenjata di Teluk Aden, antara Yaman dan Somalia. Kapal yang dirampas pada kira-kira jam 10.09 malam waktu tempatan ketika itu membawa 32,025 tan minyak sawit bersama-sama 29 anak kapal warga Malaysia dan 10 warga Filipina.
Wajah-wajah lanun somalia...