Pages

Isnin, 13 Julai 2009

Laporan Ijtima' Tabligh Sedunia 09

0 comments


Dari Blog Saudara Azhar

“Alhamdulillah baru balik dari Ijtimak petang tadi. Ramai sekali yang hadir dan jalan di sekitar quarters menghala ke bandar Enstek dan Salak Tinggi sesak sampai petang.Karkuzari, hampir 400 jemaah telah dibentuk dan keluar kurang dari target elders 500 jemaah.

Pada Solat Asar hari Khamis, Saudara Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 - 30 min sebelum beredar.

Solat jumaat, diimamkan di Masjid, dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya hampir 5 ke 6 ratus meter dari masjid. tetapi, saf nya di sambung berterusan dari parking masjid, melintas jalan raya dan beberapa bangunan dan block sehinggalah ke pentas utama. inilah pertama kali saya lihat bagaimana solat diadakan di 2 tempat yang berlainan sejauh 500m dari Masjid utama. MasyaAllah hebat sekali suasana...”

Abang Ben menulis;

Menurut insider yang hadir di ijtima berkenaan...

Pukul 12.30pm tadi (12/07/09) Yang Di Pertuan Agong datang untuk 15 minit tapi tak naik atas pentas, dia pergi khemah ulamak dan minta nasihat dari ulamak yg ada di situ.

Alhamdulillah mereka datang dengan keinginan sendiri semata2 untuk minta dan dengar nasihat agama dari ulamak yang penuh dadanya dgn ayat alQuran (memang hafiz al-quran semuanya) dan penuh dgn hadis (memang kitab2 hadith kutub tis'ah kawan harian mereka).Ceramah yg penuh dgn ayat al-quran dan hadis2 Nabi saw.




NILAI 10 Julai - Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 200,000 jemaah menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran ratusan ribu jemaah itu merupakan sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia yang hadir sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung selama tiga hari berhampiran masjid berkenaan.

Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.

Mohamad dalam ucapan ringkasnya sebelum khutbah Jumaat berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah tabligh ke negeri ini yang berhimpun dengan satu entiti untuk menyebarkan syiar Islam.

''Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama jemaah Tabligh dan berharap perhimpunan ini akan dapat meneruskan dakwah Islam kepada seluruh umat.

''Malaysia sebuah negara yang aman dan mengamalkan sikap terbuka dalam soal agama. Perhimpunan ini adalah bukti bahawa kebebasan untuk berdakwah, tidak seperti negara lain yang tidak bebas untuk menjalankan penyebaran agama Islam," katanya.

Mohamad berkata, solat Jumaat yang berlangsung di sini dengan kehadiran jemaah lebih 200,000 orang merupakan terbesar di Malaysia sekali gus menunjukkan kekuatan umat Islam sejagat.

Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia ini menghimpunkan jemaah daripada China, India, Pakistan, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi ijtimak mendapati ratusan ribu umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat Jumaat dan keadaan menjadi sesak apabila mereka beredar meninggal masjid untuk kembali ke khemah yang disediakan berhampiran masjid berkenaan.

Kehadiran jemaah tabligh ini juga antara lain melibatkan aktiviti keagamaan seperti perbincangan, syarahan dan pengajian ilmu.

Dalam pada itu Ali @ Ma Jian Ming, 24, seorang jemaah China dari wilayah Ninsha berkata, dia akan berada di ijtimak ini selama 10 hari dan hadir bersama-sama 200 jemaah tabligh dari negaranya.

Syamsuri Tumirin, 24, jemaah dari Jawa Timur, Indonesia pula menjelaskan, perhimpunan ini mendidik dan mengajar beliau menjadi seorang muslim yang memahami ajaran Islam.

Dipetik dari Utusan 12julai 2009

Khamis, 9 Julai 2009

Aku sayang mereka...

0 comments

Aku sayang jemaah dakwah,
Kerana mereka berbilangan bangsa,
Tetapi satu fikrah dan manhaj yang sama,
Tanpa mereka,
Siapa lagi yang sanggup menentang pendakwah kristian di seluruh dunia,
Yang mereka lebih hebat dalam berdakyah,
Setiap pelusuk dunia mereka dah sampai,
Siapa lagi yang berdakwah turun padang,face 2 face..
Siapa lagi yang mampu dirikan satu ijtima’ dunia (perhimpunan besar) yang bilangannya adalah kedua terbesar selepas haji.
Siapa lagi yang ajar orang jahil agama,yang ajak orang2 yang jauh dari agama,
agar kembali semula pada jalan-Nya,
Siapa lagi yang jumpa budak2 nakal,budak2 hisap dadah,
budak2 yang keluarga mereka dah buang,
Siapa lagi yang sanggup memimpin mereka,
didik mereka dengan aqidah dan fardhu ain,agar jadi manusia.
Siapa lagi yang pergi berdakwah sampai ke Argentina,Brazil,Amazon,Venezuela,Bosnia,Russia,China dll.
Siapa lagi yang sanggup redah hutan belantara,dipatuk ular,disengat lipan,semata2 untuk sampaikan agama kepada orang-orang yang tinggal di tempat yang terpencil,
Siapa lagi yang pentingkan usaha atas iman,berlandaskan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w,
Siapa lagi yang mampu bina sebuah institut pengajian di Malaysia yang lengkap dengan pengajian Bahasa Arab dan Agama berserta Hadis Sunan Sittah,Bukhari,Muslim,Nasa’I,Ibnu Majah dan imam2 yang lainnya.
Siapa lagi yang sibuk menghidupkan amal masjid 24jam,
Siapa lagi..Siapa lagii…

Kesilapan yang mereka buat memang ada,maklumlah kebanyakkan dari mereka adalah baru belajar2 berdakwah,tetapi haruslah kita sebagai yang tahu,tunjuk dan didik mereka seperti keluarga kita sendiri,kenapa perlu berkasar,tengking sana sini,mereka makhuk seperti kita,tak perfect,Ramai orang gemar berkata-kata,lebih-lebih lagi memberi komen kepada jemaah dakwah.Sedangkan tidak tahu bagaimanakah kesudahan dunia islam tanpa mereka…aku keliru dengan muslimin di zaman Era I.T sekarang,ketahuilah saudara-saudaraku…POLITIK tidak menyelesaikan masalah,adakah bila kita orang islam dilantik sebagai ketua Negara,itu sahaja matlamat kita,tanpa iman yang kuat kita takkan sesekali sampai ke tahap itu,hanya cakap kosong sahaja,ingin laksanakan hudud dan sebagainya..Juga mengenai khilaf(percanggahan ulama’),kenapa kita terlalu sibuk memperbincangkannya sedangkan berjuta-juta ummat Muhammad dalama kesesatan,mereka dipinggir-pinggir kemurtaddan,sedarlah wahai sahabat2,orang-orang kafir mereka bersatu,mereka berkasih-sayang sesama mereka,tetapi kita kenapa berpecah belah,bila kita dijemaah A,kita hina dan maki jemaah B,bila kita di jemaah B pula,kita hina dan maki jemaah A..Masalah ummat takkan selesai dengan cara yang sebegini,Nabi s.a.w kan dah tunjukkan step2 dan cara2 macam mana nak jadi orang mukmin yang berjaya,kita cuma perlu ikut sahaja,semudah 1,2,3… Kenapa kita terburu untuk langkah terus ke nombor 3,sedangkan nombor satu pun kita belum selesai,cuba kita semak kembali sejarah sirah hidup Rasulullah s.a.w..Takkan nak tunggu Imam Al- Mahdi muncul baru kita nak bersatu,baru kita nak pura-pura buat baik sesama kita…Astaghfirullah.Oleh kerana itu marilah sama-sama kita bangun bersama,buat kerja yang Nabi wariskan kepada kita,ilmu itu jangan sesekali kita lupa untuk menuntutnya,Belajarlah ilmu sampai ke liang lahad,jangan kita tertipu dengan sistem pembelajaran yang orang kafir cipta,(habis university,dah start keje,tak belajar)…Syaitan tidak takut kepada abid(orang yang sentiasa beribadat)yang jahil,tetapi mereka takut kepada orang yang alim(dalam agama),kerana mereka mampu membimbing berjuta-juta ummat dengan hikmah dan kasih-sayangnya kepada jalan yang benar.
Tarikh lahir kita dah tahu,tapi tarikh mati kita??Tak siapa pun tahu,Bila lagi kalau kita nak berubah,Nak tunggu khilafah islam bertakhta diseluruh dunia?Atau nak tunggu malaikat maut datang cabut nyawa kita dalam perpustakaan,Atau didepan P.C..

Kubur sahabat2 bertebaran diseluruh alam,alangkah indahnya kalau kita dapat mati seperti mereka..mati di jalan Allah..

Selasa, 7 Julai 2009

Nantikan kamiii..

0 comments

Alhamdulillah,telah selesai semalam proses pembelian tiket di Shawati Travel.Insyallah,Saya dan Adik saya akan menaiki Gulf Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Yaman,pada 30hb ogos,jam 4.00ptg...dan kami akan tiba di malaysia jam pada 31ogos jam 9.40 pagi...doakan kami selamat sampai.


Selasa, 21 April 2009

~ Insan yang paling berharga ~

0 comments
Kebanyakan daripada kita telahpun mengetahui betapa sayang dan kasihnya ibubapa terhadap kita,justeru itu kita sewajarnya membalas segala jasa baik mereka setakat yang kita mampu...Disini ada beberapa nasihat yang saya petik dan saya terjemah dari sebuah kitab arab :-

1. Sayangilah mereka dengan hati yang jujur dan ikhlas,hormati mereka dengan sebenar-benar penghormatan,gembirakan mereka dalam setiap urusan bersama mereka,jauhi perkara-perkara yang boleh mengguriskan hati mereka,taati setiap perintah mereka yang tidak bertentangan dengan Allah dan Rasul,bersemuka dengan mereka dengan wajah yang berseri,pandanglah mereka ketika mereka sedang bercakap atau ketika kita sedang bercakap dengan mereka,sentiasalah mendoakan untuk mereka,semoga Allah memanjangkan umur mereka,melindungi mereka dari segala malapetaka,dan semoga Allah membalasi segala jasa baik mereka dengan balasan kebaikan dari Allah yang sewajarnya,kerana kita sebenarnya tidak akan mampu membalas jasabaik mereka seperti mana yang mereka telah curahkan terhadap kita.

2. Hargailah mereka selagi mereka masih ada disisi kita,kerana ketahuilah sahabat-sahabatku,kekalnya ibubapa adalah satu nikmat yang paling besar bagi kita.Seorang anak yang tidak pernah menghargai ibubapanya akan mula menghargai mereka setelah mereka tiada,ketika itulah bermulanya episod hidupnya yang dipenuhi kesesalan yang berpanjangan dan kesedihan yang amat memedihkan.Oleh itu,berkhidmatlah terhadap mereka selagi mereka masih ada bersama kita,sentiasalah meminta doa dari mereka,kerana doa dari kedua ibubapa terhadap anak adalah makbul disisi Allah.

3. Beradablah dengan mereka,jangan sesekali membelakangi mereka,apatah lagi ketika mereka sedang bercakap dengan kita.Dizaman era baru ini,anak-anak yang telah besar,mulai rasa lebih pandai dan bijak dari ibubapa mereka,maka adab mereka terhadap ibubapa mulai pudar dan ada juga yang telahpun hilang,bahkan ada juga yang berani meninggikan suara dihadapan ibubapa mereka,seolah-olah ibubapa mereka tiada nilai langsung bagi mereka.sedangkan ibubapa inilah yang menjaga mereka dari dalam perut hingga pandai berjalan,dari ribaan ibu hingga besar panjang,tapi kenapa masih ada anak yang tidak memahami?....

4. Seandainya mereka telah pergi ke Rahmatullah,sentiasalah berdoa untuk mereka,sedekahkan amalan untuk mereka,jangan sesekali lupakan mereka,muliakan sahabat handai mereka,sambungkan silaturrahim yang telah putus diantara mereka,selesaikan hutang-piutang mereka,semoga Allah mengolongkan kita diantara anak-anak yang soleh insyAllah.


Disini sebuah tatapan yang berbentuk puisi dan luahan untuk insan yang bernama anak:-

Wahai anak-anakku,
Apabila suatu hari nanti engkau mendapati diriku semakin tua,
Hendaklah engkau bersabar dan memahamiku,
Jika aku mengotorkan diriku ketika makan,
jika aku menghadapi kesukaran menguruskan diri…bersabarlah!
Ingatlah waktu-waktu yang aku luangkan untuk mengajarmu tentang segala sesuatu ketika kamu masih kecil dahulu,
Jika aku mengulangi perkara yang sama setiap detik masa, janganlah engkau menegurku!
Dengarlah kata-kataku!
Sewaktu engkau kecil, engkau selalu memintaku supaya membacakanmu cerita yang sama,malam berganti malam, sehinggalah kamu tertidur… Dan aku menurut sahaja!
Jika aku tidak membersihkan diriku setiap hari dengan air,
usah menegurku dan memberitahuku bahawa itu sesuatu yang memalukan…
Ingatlah berapa banyak alasan yang aku reka untuk membuatkan kamu mandi semasa kecilmu…
Bila melihat kejahilanku terhadap teknologi baru, usahlah engkau mentertawakan diriku, tetapi berilah aku masa untuk memahaminya…
Aku telah mengajarkanmu terlalu banyak perkara supaya kamu dapat makan dengan baik… dapat menguruskan diri dengan baik… dapat berkelakuan baik… dan bagaimana menghadapi segala masalah di dalam kehidupan…
Jika pada suatu ketika aku terlupa atau tidak mampu mengikuti sesuatu perbualan, berilah masa padaku untuk mengingatinya kembali dan jika aku masih tidak dapat mengingatinya, janganlah engkau berasa marah dan menjadi sombong terhadapku… kerana sesuatu yang amat penting bagiku… adalah untuk bersama dengan dirimu dan dapat berbual denganmu anakku….

Jika aku menolak untuk makan, janganlah memaksa diriku!
Aku tahu bila aku lapar dan bila aku tidak lapar,
Jika kaki tuaku sudah tidak mampu berjalan seperti sebelumnya…
…Bantulah aku sepertimana aku pernah memaut tanganmu untuk mengajarkanmu memulakan langkah pertamamu…
Dan apabila pada suatu masa nanti, aku memberitahumu bahawa aku payah mengharungi hidup ini, aku makin hampir dengan mati, janganlah marah padaku… kerana pada suatu hari nanti engkau akan faham…!
Cubalah engkau memahami bahawa pada suatu tahap usia, kami benar-benar lemah menghadapi hidup ini. Kami cuba mengharunginya…
Suatu hari nanti, engkau akan faham bahawa pada setiap kesalahan yang aku lakukan, aku selalu inginkan yang terbaik untuk dirimu, yang telah aku sediakan sejak engkau kecil lagi untuk dirimu membesar.
Engkau tidak perlu merasa sedih, malang, atau lemah di hadapan usia tuaku dan pada keadaan diriku ini. Hendaklah engkau berada di sampingku, cuba memahami hidupku, melakukan yang terbaik sepertimana yang aku lakukan ketika kelahiranmu.
Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku untuk mengakhiri hidupku ini dengan kasih sayang dan sabar… Hanya satu cara yang perlu untukku menghargai dirimu, iaitu senyuman dan kasih sayang dari dirimu.
Aku sayang kamu… wahai anak-anakku!

Nak…,menjadi ayah itu indah dan mulia, dengan itu aku bangga. Besar kecemasanku menanti kelahiranmu dulu belum hilang hingga saat ini. Kecemasan yang besar dan indah itu kerana didasari sebuah cinta dan kasih….
Meskipun demikian, ketahuilah, menjadi ayah itu berat dan sulit. Tapi ku akui, betapa sepanjang masa kehadiranmu disisiku, aku seperti menemui makna keberadaanku dan tugas kebapaanku terhadapmu.
Sepanjang masa kehadiranmu adalah suatu masa terindah dan paling aku banggakan di hadapan siapa pun. Bahkan di hadapan Tuhan sekali pun aku membanggakan mu ketika aku duduk berduaan dengan mu dihadapanNya, hingga saat usia senja menanti.…
Anak ku…. ., saat pertama engkau hadir, ku cium dan ku peluk engkau sebagai buah cinta ku dan cinta ibu mu. Sebagai bukti dan pengikat bahwa aku dan ibu mu tak akan pernah terpisahkan oleh apa pun dan siapa pun.
Engkau ternyata bukan milik ku, bukan pula milik isteri ku ibu mu, engkau adalah milik Allah yang dititipkan kepada ku. Dari itu tak ada hak ku menuntut pengabdian dari mu. Kerana pengabdian sesungguhnya hanya patut untuk Nya.
Sejak saat itu, satu-satunya usaha ku adalah mendekatkan mu kepada pemilik mu yang sebenarnya.
Tugas ku bukanlah membuat mu dikagumi orang lain, tapi tugas ku sebenarnya adalah membuat mu dicintai Allah, untuk itu aku harus mendekatkan mu kepada Nya.
Inilah usaha terberat ku, kerana di situ ertinya aku harus terlebih dahulu memberikan contoh kepada mu bagaimana mendekatkan diri dengan Nya. Keinginan ku harus sesuai dengan keinginan Nya Sang Pemilik mu agar perjalanan ku untuk mendekatkan mu kepada Nya tak lagi terlalu sulit.
Kemudian, kita pun memulai perjalanan itu berdua bergandingan dengan ibu mu, tak pernah engkau kami biarkan tersandung kerikil tajam, terperosok kelembah hitam. Ku genggam jemari mu kupeluk jiwa mu, agar dapat kau rasakan hangatnya perjalanan rohani ini.
Saat engkau mengeluh letih berjalan, ku tarik engkau dengan belaian sayang kerana kita memang tak boleh berhenti. Perjalanan mendekat dengan Nya tak kenal letih tak kenal berhenti.. Berhenti bererti mati mata hati. Inilah kata-kataku. Acap kali ku belai, ku peluk dan ku usap air matamu ketika engkau hampir putus asa.
Akhir nya nak, kalau nanti, ketika semua manusia dikumpulkan dihadapan Nya di padang mahsyar, kudapati jarakku amat jauh dari Nya, aku ikhlas, aku rela dan aku redha, kerana seperti itulah aku di dunia. Tapi kalau boleh aku berharap, aku ingin melihat mu di saat itu engkau berada dalam pelukan Nya dekat sekali dengan Kasih dan Cinta Nya.
Bangga aku, aku bangga, kerana itulah bukti bahawa engkau yang dititipkan kepadaku telah dapat pula aku kembalikan kepada Pemilik Nya, Allah Rabbul ‘Alamin.
Wassalamu 'alaikum.



رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Khamis, 16 April 2009

~ Sahabat ~

2 comments
Persahabatan itu adalah satu anugerah dari Allah,tak dapat dibeli dengan harta,tak dapat juga dinilai dengan mata dan akal sendiri,Aku panjatkan syukurku kehadrat Allah s.w.t,yang menganugerahkan kepadaku sahabat yang berbudi bahasa,yang aku dapat belajar darinya,yang sentiasa menasihatku dan memperbetulkan salahku,yang dapat membimbingku kejalan yang diredhai oleh-Nya…

Disini inginku persembahkan beberapa sahabat karib yang banyak membantu dalam setiap aspek kehidupanku di Yaman,juga yang mengisi kehidupan ketika diri ini amat sunyi…



Nama: Razif bin Mohd Ariff

Berasal dari: Kuala Lumpur,Malaysia

Berumur: 27tahun

Status: Bujang

Latar belakang: Amat mesra dengan orang yang tidak dikenali,dan sentiasa memberi nasihat dan kata semangat,juga amat minat bergurau dan mengusik sahabat yang rapat dengannya, dan seorang yang berterus-terang.

Nama: Amiin Al-sobri

Berasal: Taiz,Republik Yaman

Berumur: 25tahun

Status: Bujang

Latar belakang: Seorang yang serius dengan orang yang tidak dikenali,suka memuji dan memberi teguran terhadap orang yang karib dengannya,amat suka ketawa dan senyum.



Nama: Khalid Nayan

Berasal: Selangor Darul Ehsan,Malaysia

Berumur: 34

Status: Telah berkahwin

Latar Belakang: Seorang yang amat tegas,berpegang teguh dengan pendiriannya,amat mesra apabila telah dikenali,sentiasa memberi nasihat kebaikan,bersifat seperti masih bujang berkelana,merangkap guru silat cekak hanafi di Sana’a Yaman.


Khamis, 9 April 2009

Ummi...

2 comments

Rumah kami di Kuala Terengganu


Rumah kami di Sana'a,Yaman

Aku seringkali terfikir mengenai ibuku kandungku,Ummi..,rinduku makin menebal sejak dua menjak ni,terhadap ummi dan adik-adik tersayang di tanah air.Ingin sekali ingin ku kucup tangannya,berbual-bual dengannya,apatah lagi merasa masakannya,aduhai...

Masuk bulan ni,hampir 5 bulan aku dirantau orang,di Negara Republik Yaman ini,terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejaka aku mula menetap disini bersama adikku,maklumlah pertama kali dirantau orang tanpa family,pada tahun yang lepas kami sekeluarga seramai 10 orang termasuk ummi dan abah telahpun sama-sama menetap di yaman,kebetulan abah yang mempunyai banyak urusan dengan univesiti teknologi disini,kami telahpun meluangkan masa bersama di yaman selama setahun,disitulah kenangan kami yang paling indah.

Kini semuanya tinggal kenangan,segala masalah aku harus menghadapinya seorang diri,hanya Allah tempatku mengadu,bagiku ummi insan yang tiada tandingan,tiada gantinya..amat banyak yang aku dapat belajar darinya tentang seni kehidupan,mungkin bagi sesetengah anak,ibunya hanya perhiasan didalam keluarga,tetapi tidak sesekali bagiku,walaupun kadang-kadang aku jadi marah dan geram bila ummi mula membebel,tapi aku akui,aku yang bersalah,aku yang menyebabkan ummi marah,dan kata-kata ummi itu semuanya patut aku dengar dan taat..maafkan faiz ummi..

Aku amat bangga dengan ummiku,Ummi seorang yang tegas tapi penyayang,Ummi juga seorang ustazah,juga seorang pendakwah dan Ibu kepada 8 orang anak...Oleh itu aku bersumpah dengan nama Allah,aku akan mentaati ummi,menyayangi ummi,dan melindungi ummi selagi nyawa di kandung badanku...insyAllah..

Kan syurga dibawah tapak kaki ibu...

Sabtu, 28 Mac 2009

OLD city of Yemen

0 comments
Saya bersama seorang kanak-kanak yaman



Air hujan masih lagi mengalir di jalanan yang tidak berlongkang milik Bandaraya Sana'a,walaupun ianya telahpun berhenti sejak dua jam lagi,walaupun begitu,tidak menghalang saya dan rakan-rakan untuk ke Babul yaman(sebuah tempat lama untuk membeli belah sejak zaman Nabi).Kelihatan manusia makin berpusu-pusu masuk menerusi pintu gerbang kota lama Yaman,selepas asar pemandangannya memang sebegini,masing-masing sibuk dengan perniagaannya,ada yang diatas lantai,ada yang berjalan,dan ada juga yang menggunakan kereta tolak.Kami meneruskan perjalanan ke dalam kota tersebut,saya yang agak santai pada ketika itu memegang watak sebagai jurugambar,disini beberapa kepingan gambar yang saya tangkap..



Macam-macam gaya dan cara..





Manisan-manisan..


Suasana di jalanan dalam bandar lama



Razif dan Muzammil,bagai irama dan lagu,tak dapat dipisahkan.



Seni binaan yang berumur 1500 tahun




Muzammil dengan gayanya...


Muzammil sibuk mencari hadiah untuk isterinya

Rabu, 25 Mac 2009

Kalaulah tidak kerana Ikhlas....

1 comments

Mentari yang bersinar mulai menghangatkan Bandaraya Sana'a yang telahpun hangat dengan kesibukkan dijalan raya dan di pasar-pasar,bunyi hon dan jeritan telahpun biasa kedengaran di bandaraya tinggalan Abrahah ini,aku juga terasa kehangatannya kerana dari tadi bersendirian di tengah-tengah lautan manusia di Pasar Al-Qa',pasar yang terbesar di Sana'a Yaman.Jam ditanganku telah menunjukkan pukul 11.30pagi,"masih awal lagi,tapi kenapa terlalu ramai orang hari ni,peliknya.."bisik aku sendirian.Jari jemariku yang agak kemerah-merahan telahpun kebas disebabkan plastik-plastik berat yang memenuhi ditanganku,aku amat berharap ketika itu,ada seseorang datang membantuku,tetapi apakan daya.Aku meneruskan perjalananku ditengah-tengah pasar,aku cuba cari jalan untuk keluar,tetapi hampa,kerana jalan2 dan kedainya hampir sama semuanya.


"Ya akhi!,lau samah.ana ishti ilal makhraj,wainuh?(Saudara!,boleh mintak tolong skit,saya nak ke jalan keluar,kat mana ye?)"tanya aku kepada seorang penjual sayur-sayuran,"Min hina2!!(Ikut sini2)".Jawabnya dengan bersungguh-sungguh sambil menuding jarinya ke sebelah jalan yang agak lengang.Aku pun berlalu pergi dengan kata-kata syukran terhadapnya,Akhirnya sampai juga aku dihadapan jalan raya besar,aku berjalan ke perhentian bas yang agak sesak dengan orang-orang yang sedang menunggu disitu,ada yang dah mula khozin(kunyah daun Qat),tak sangka seawal ini pun dah ada yang mulakan menguyah daun yang agak masyur di yaman itu,kebiasaannya selepas makan tengah hari barulah kelihatan lelaki-lelaki yaman mengunyahnya,hingga masing-masing berpipi kembung,seakan-akan hampir meletup.
Aku duduk seketika diteduhan papan tanda,merehatkan sedikit sendi-sendi yang telahpun penat,jari-jemariku telahpun kelihatan merah dan sedikit biru,ada sedikit lagi barang yang perlu dibeli,pasar Qa' dengan hostel tempat aku menginap agak jauh juga.Aku pun mulai mencapai telefon bimbitku yang berada di poket kanan seluarku,aku menghantar mesej kepada ahmad musa,rakan sebilikku yang sedang mengulang Al-Quran sendirian dirumah,mesejku agak berbunyi meminta tolong darinya supaya membeli sedikit barang-barang dapur yang masih belum cukup.Pada mulanya aku ingin meminta bantuan dari adikku,tapi dia masih di dalam Kuliyah.Aku amat berharap ahmad dapat membantuku.

Kelihatan dari jauh bas besar yang akan menuju ke dairy(disitu terdapat stesen bas yang akan ke hostelku),aku pun bangun berjalan kearahnya bersama plastik-plastik yangku bawa tadi,aku berlari di tengah-tengah kesesakan jalan raya yang panas membahang,aku agak kecewa setelah melihat bas tadi telahpun penuh,bahkan ada orang yang berdiri dipintunya,aku berpatah balik ke kaki lima,"Nampak gaya kena ambik teksi lah macam ni"keluh aku sendirian,aku mula berjalan sedikit ke hadapan hospital besar Yaman,kelihatan disitu makin ramai orang berniaga,ada yang menjual buah-buahan,ada yang menjual jagung bakar,ada juga yang bawa kereta sorong yang diletakkan diatas nya sekeping papan untuk dijadikan kedai bergerak yang menjual pelbagai gula-gula dan manisan.terpegun juga aku melihat orang-orang yaman ini,mereka bukanlah golongan-golongan yang kaya raya,hidup mereka amat mencabar,tidak seperti kita,tetapi mereka amat minat dalam perniagaan.


Azan zohor dari Masjid Syiah Zaidy telahpun kedengaran,aku masih menanti bas yang dari tadi semuanya telahpenuh,dengan penuh kesabarannya aku mula mengorak langkah untuk menahan sebuah teksi,"Ana ishti ila Jaulah jamiah fid dairy,bikam?(Saya nak ke Bulatan University di dairy,berapa?"tanya aku kepada seorang pemandu teksi yang agak mutawwi'(baik dan soleh),"Yallah bi miatain,tamam?(Ok lah,dua ratus riyal,amacam?)"jawab dia dengan tersenyum,serban tradisional yang dipakainya dibetul-betulkan,aku hanya mengangguk kecil,penat betul hari ni,aku terus duduk dikerusi belakang dan meletakkan plastik-plastik yang berisikan ikan dan sayuran tadi dtepi ku.Telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej telah masuk,aku amat tertekan tatkala membaca mesej yang agak menyakitkan hati dari ahmad musa,"Kenapa tak beli barang-barang tu semua terus?".

Dari pasar tadi hingga ke Dairy,aku tidak merasakan jauh perjalanannya kerana aku amat bengang dengan mesej tadi,aku tak sangka dia sanggup hantar mesej seperti itu terhadapku,siapakah dia untuk berkata begitu?.Adakah aku orang gajinya,atau aku tukang khidmat peribadinya?.Balik ke hostel nanti aku juga yang kena masak,aku yang kena basuh pinggan,dan aku juga yang nak kena kemas dapur,bila aku suarakan dalam mesyuarat baru-baru ini ingin buat giliran memasak,dia dan adik aku berpendapat mereka belum ada kemahiran lagi,so kita masak sama-sama,yang tak pandai masak tolong kemas ke,potong-potong sayur ke.Tetapi semua tu hanya tinggal kata-kata sahaja,aku tetap bersendirian didapur,dan dia didalam bilik,menanti hidangan tiba,Jarang sekali dia datang kedapur,tak pernah pun membantu melainkan apabila disuruh.kadang-kadang ada juga sehari dalam seminggu ahmad masuk ke dapur,tetapi selepas dia masak aku,segala barang-barang yang dia gunakan tadi dalam keadaan bersepah,aku keseorangan yang mengemasnya,SIAPA YANG BOLEH BERSABAR DENGAN TINGKAH LAKU SEBEGINI?,aku memang telahpun menjangka perkara ini akan berlaku suatu hari nanti.

Sehari sebelum itu,kami telahpun merancang untuk pergi bersama-sama ke pasar,tetapi ahmad tak dapat hadir kerana dia berada di rumah penjaganya yang mengajaknya makan tgh hari dirumah,jadi kami batalkan perancangan itu dan merancang untuk pergi ke pasar pada keesokan paginya,tetapi pada pagi hari pula,aku mengajak ahmad sekali lagi,tetapi dia hanya diam,dan berkelakuan seperti enggan mengikut aku,dia memang seorang yang tidak suka berterus terang dan memberi penjelasan,aku pun dengan akur pergi ke pasar seorang diri,adikku pula di Universiti...Jadi adakah aku seorang yang zalim dan jahat?seorang yang cerewet,tak boleh ke pasar seorang diri?...Entahlah


Artikel yang saya karang ini adalah merupakan suatu penjelasan kepada Artikel yang telah ditulis oleh ahmad musa di dalam blognya : http://ahmadmusa.blogspot.com/ ,artikel itu bertajuk What the...

Isnin, 23 Mac 2009

Buat baik berpada-pada

0 comments
Sudah hampir seminggu saya tak pulang ke asrama,berikutan baru-baru ini berlaku sedikit salah faham diantara kami rakan sebilik.Entah kenapa saya rasa lebih selesa dan gemar menetap bersama sahabat-sahabat yang tinggal di rumah sewa,mungkin kami sehaluan dan saling memahami,Alhamdulillah,Razif,Muzammil dan Faiz Karim amat membuatkan saya gembira dan selesa dalam setiap urusan bersama mereka.Pada perancangan awal,tahun ini saya dan adik tinggal bersama di hostel hakmilik Universiti Sains dan teknologi yaman,tapi oleh kerana disitu kami perlu memasak sendiri,dan bilangan kami sedikit,hanya 3 orang,saya,adik dan ahmad musa,kami hanya mampu bertahan selama 4bulan,masing-masing mengambil haluan masing-masing.

Siapa yang boleh bersabar apabila direndah-rendahkan dan dihina dalam keadaan kita yang memerlukan bantuan dari dia,dalam keadaan kita yang banyak bersusah payah untuk makan minum dia,malahan dia dengan tenang dan bersahaja memberi komen dengan angkuh dalam bentuk sedikit penghinaan apabila kita meminta bantuan,dan langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya dengan sifatnya yang sebegitu.Oleh sebab itu saya mengambil jalan selamat,agar tidak tercipta apa-apa permusuhan,harapan saya semoga dengan pengasingan makan minum di hostel ini adalah merupakan jalan yang terbaik,kerana masing-masing ada haluan masing-masing.

Banyak pengajaran yang saya dapat dari peristiwa-peristiwa yang sebegini,ramai orang hanya jadikannya sebagai halangan kehidupan,tetapi tidak saya,setiap apa yang berlaku kepada kita,pasti ada faedahnya yang boleh kita ambil manfaat.
Kita sebagai sahabat,haruslah memainkan peranan dalam setiap aspek,jangan melihat kepada satu pihak sahaja,bahkan sepatutnya cuba mendalami perasaan sahabat kita.

Sabtu, 21 Mac 2009

Terima Kasih Abah.

0 comments

Jam didinding menunjukkan 3pagi,entah kenapa malam ini aku merasakan dadaku amat perit sekali,sukar untukku bernafas,aku cuba bangun untuk melegakan rasa didada,tetapi tidak juga.Masuk hari ini,sudah 4hari aku dibilik sakit madrasah,bosan juga bila menetap didalam bilik sepanjang masa,melihat orang kehulu-kehilir,dari pagi sampai ke malam,aku masih ingat lagi semalam baru sahaja aku buat temujanji dengan dr.ismail,katanya aku hanya sakit asma biasa,tapi aku seakan tidak percaya,kerana kali ini aku rasakan bukanlah biasa,sesaknya lain macam,aku tetap tekad hari ni aku nak berjumpa dengan doktor sekali lagi,aku dapat rasakan ubat asma yang aku sedut dari hari sejak aku sakit itu tidak memberi kesan.


Kata-kata dr.ismail selepas membuat pemeriksaan darahku sebentar tadi membuatkan aku jadi terperanjat seketika,tidak ku sangka darahku mengandungi racun,dan ada sedikit kesan kepada paru-paruku,disebabkan aku mengambil ubat sedut asma melebihi dos yang ditetapkan,aku memang mangkok!..huhuTanpa berlengah lagi,aku dibantu rakanku yang bertugas sebagai juruwat yang lebih dikenali sebagai humaidi,dia bersama safwan memapahku ke dalam kereta ustaz razif,ketika itu aku agak panik,aku tak mampu berjalan,saluran pernafasanku terasa amat sempit sekali,tulang didadaku terasa seakan-akan menghimpit paru-paruku,pedih yang teramat sangat,tenagaku hilang sepenuhnya.Aku terus dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,sesampai sahaja aku di hadapan pintu kecemasan,aku dibawa dengan katil bertayar ke dalam wad,tidakku sangka aku dimasukkan ke CCU,semua ahlinya makcik-makcik dan atuk-atuk yang dah lanjut umur.




Ketika itu aku hanya ditemani ustaz razif dan abang yusuf,aku berharap pada ketika itu aku dapat bertemu dengan ahli keluargaku,aku rasa ajalku hampir tiba pada ketika itu.Apabila aku bertanykan juruwat,dia pun tidak pasti apa penyakitku sebenar,menyebabkan aku semakin takut,setiap masa aku bertaubat dan meminta ampun dari Allah akan segala dosa-dosa yang aku telah buat,malam itu aku dikunjungi Abahku yang datang dari johor bharu,beliau berada disana atas maksud urusan syarikat,tidakku sangka panggilan sebentar tadi menggunakan handphone ustaz razif dijawab oleh abah,katanya akan sampai dalam 2jam lagi,abah agak cemas ketika mendengar perkhabaran aku dimasukkan ke CCU,mulai malam itulah abah tidur di perkarangan hospital,semata-semata ingin menjaga aku,kadang-kadang abah tidur diatas kerusi menunggu diluar wad,kadang-kadang juga abah tidur didalam kereta,ditempat letak kereta yang banyak nyamuk,sukar bagiku untuk memikirkan kembali segala apa yang abah lakukan untukku.


Jam didalam wad menunjukkan 8.00pagi,aku masih ingat seorang doktor india dan melayu datang memeriksa pesakit-pesakit termasuk aku,tangan kananku yang agak kemerah-merahan kerana tusukan jarum untuk memasukkan air kedalam saluran darahku agak berdenyut-denyut hari ini,aku harap jarum yang dah dua hari melekat di tanganku ini dicabut secepat yang mungkin.”Doktor,bila saya boleh keluar?,penyakit saya teruk sangat ke?”soalku dengan muka yang agak menagih simpati.”Penyakit adik taklah terlalu kritikal,teruskan makan ubat-ubat tu,lepas ni adik dah boleh masuk wad biasa”kata doktor melayu yang bernama Tengku Razak,”Satu lagi,lain kali jangan guna guna ubat asma tu melebihi dos tau,awak ni pelik betul lah!hmm”gurau doktor india yang sedang mencatit sesuatu dibuku catatannya mengenaiku.Aku tersenyum sahaja,selepas selesai pemeriksaan,aku lihat abah yang mengenakan baju kot coklat datang dari jauh,”Alhamdulillah,abah ada disini,”aku bersuara sendirian."Nak makan apa?abah belikan kat bawah kejap lagi.”.Abah memang memahami aku sejak dari dulu lagi,abah faham yang aku menahan sabar memakan sajian pagi,tgh hari dan malam tanpa garam dan gula,semua hidangannya tawar.Aku hanya pesan nasi lemak dengan telur mata dan teh tarik untuk kali ini,akhirnya kempunan aku diakhiri juga.Juruwat yang sebentar tadi memindahkan wayar air ditangan kananku ke tangan kiriku tersenyum dari jauh,mungkin dia tak sangka,aku seperti budak kecil dihadapan abahku.


Masuk hari ini,sudah 3hari aku di HUKM,pelekat berwayar didaku masih setia disitu,Cuma oksigen di hidung,aku cabut kerana terkadang aku agak rimas dengan wayar dihidungku,aku cuba untuk duduk,Alhamdulillah,rasa tenagaku sudah kembali.Pagi itu aku masih ingat lagi,ketika pemeriksaan doktor,abah berada disebelahku,aku dapat dengar sedikit pertelingkahan diantara abah dan doktor tersebut,apa yang aku faham,abah ingin membawaku pulang,dan menyambungkan perubatan di Hospital Besar Kuala Terengganu,tetapi doktor enggan memberi izin,akhirnya aku dengar abahku berkata dalam bahasa inggeris,”saya pun doktor dalam jurusan medical!”…Doktor yang sebentar tadi agak sombong tiba-tiba bertukar menjadi segan dan malu dihadapan abah,mungkin dia tidak menyangka yang abahku ini seorang doktor seperti dia,kerana abahku sentiasa dan selalu mengenakan jubah putih dan kopiah putih kalau kemana-mana.”Kejap lagi faiz dah boleh keluar,kena buat surat sikit je”abah bersuara dihadapanku,Alhamdulillah,ketika itu aku rasakan seperti menerima keputusan dari mahkamah membebaskanku keluar dari penjara,baju yang berwarna ungu bertali itu aku tukarkan kepada t-shirt,sebagai lambang kebebasanku,makcik nyonya dihadapan katilku agak hairan melihatku girang hari ini tidak seperti orang lain..

Rabu, 11 Mac 2009

S4H4B4T

0 comments

Alhamdulillah,dengan kasih sayang dan izin dari Allah s.w.t,dapat juga saya terus menulis,dalam kesibukan yang mendatang sejak dua menjak ini,sempat juga saya meluangkan masa untuk meconteng sedikit kata2..buat kali ini, ingin sekali saya menyentuh tentang persahabatan,kerana kita sebagai manusia sememangnya perlu bersahabat,cuma ramai orang tidak mengambil perhatian terhadap unsur-unsur halus dan penting dalam bersahabat.

1. Saling bantu membantu,dan saling peka dan proaktif,contohnya apabila seorang sahabat memerlukan bantuan,maka sahabat yang lain haruslah peka,kerana kemungkinan besar dia agak malu untuk meminta pertolongan dari kawan-kawannya, apabila seorang sahabat membantu rakannya tanpa diminta,maka dengan itu akan timbullah rasa kemesraan dan kasih terhadap rakan tersebut,sesetengah orang hanya akan membantu apabila kawannya itu meminta pertolongan darinya,maka orang ini diklasifikasikan sebagai orang yang angkuh dan ego,bahkan yang lebih teruk lagi apabila diminta pertolongan darinya,dilambat-lambatkan atau ditangguhkan menyebabkan sahabat tadi sabar menanti ,maka persahabatan ini tidak akan bertahan lama.

2.Saling bertolak ansur,manusia akan gembira apabila dirinya dilayan dan dijaga dengan rapi,tapi manusia agak tidak akan gemar apabila dia perlu melayan dan menjaga orang lain,itu memang lumrah makhluk bernama manusia,tapi haruslah kita perhatikan,dalam bersahabat haruslah saling bertolak ansur,adalah tidak adil seandainya seorang sahabat itu membantu rakannya ketika dalam kesusahan,memudahkan segala urusannya,tapi apabila kawannya yang membantunya tadi mengalami kesusahan,langsung tidak dipedulikannya,mungkin bagi anda perkara ini tidak mungkin akan berlaku,tapi percayalah bahawasanya ianya pernah berlaku dan tetap akan berlaku,kerana manusia adalah makhluk yang mudah lupa.

3.Tidak memandang rendah,selalunya kita mudah leka apabila kita diterima dan disanjung didalam persahabatan,maka kita langsung menghina dan memandang rendah sahabat kita,dengan mudahnya kita menganggap sahabat tadi hanya teman sementara cuma,kita tidak berhajat pun kepadanya,dan setiap bantuan yang sahabat kita selalu berikan,kita hanya menganggap semua itu memang tanggungjawabnya,jadi apabila dia enggan membantu atau memberi alasan terhadap kita untuk tidak membantu kita,maka kita akan naik berang dan memaki hamunnya,maka ini adalah satu kezaliman,sepatutnya kita menerima alasannya dahulu dan berbincang,kerana dia bukannya dicipta untuk menjaga dan membelai kita,dia punyai kerja dan matlamatnya sendiri,dan dia punyai hak dan jalan hidupnya sendiri.


4.Berterus terang,ini adalah masalah besar bagi kaum melayu,kerana kita adalah kaum yang sememangnya tidak akan berterus terang seandainya menghadapi apa-apa masalah,ini adalah salah satu diantara masalah-masalah yang besar dalam berkomunikasi,khususnya dalam bersahabat,sepatutnya perkara ini boleh dipertimbangkan,tidak perlu untuk malu dan segan, tetapi seandainya ada perkara yang kita terlalu malu untuk berterus terang dihadapannya,kerapkan meminta maaf dari sahabat yang kita selalu berterus terang dengannya,contohnya:”Ali,kau boleh tak basuh periuk yang kau guna untuk masak tadi sebab aku nak guna sekarang nih,maaf ye”,maka dengan cara ini tidak akan terjejas perasaan
mana-mana pihak,melainkan kalau ali tetap enggan dan degil,maka itu lainlah ceritanya.


Khamis, 5 Mac 2009

Misteri di Karak..

0 comments

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri.

Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air.

Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan.

Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.

Selasa, 24 Februari 2009

Duhai Sahabat...

0 comments
Muhammad & Ghalib...






Razif dan muhammad









Tepat 23.2.2009,jam 12 tgh malam,saya,razif dan bro muzammil mengucapkan selamat tinggal buat sahabat yang sekian lama bersama,bahkan kami sudah diumpakan satu keluarga,lapangan terbang sana'a yaman menjadi saksi pertemuan terakhir kami,saya tak sangka muhammad menangis kerana pelukan dan kata2 selamat tinggal dari saya,masih segar lagi di ingatan,saya membisik ditelinganya ketika persalaman kami yg terakhir itu,"friends forever you little smelly boy,don't be naughty ok,see you next time insyAllah",saya peluk dia erat2,dia hanya mampu menganggukkan kepala dan terus menangis tersedu2,saya dalam keadaan panik tak dapat menahan sebak turut sama menitiskan air mata,tak sangka persahabatan ini akan berakhir pada saat ini...Muhammad&Ghalib..

Buat pertama kali dalam hayat hidup saya,terasa sebak sayu bilamana kehilangan sahabat yang terlalu baik seperti mereka berdua,rumah yang sebelum ini berseri2 kembali muram seolah2 tidak bertuan,kepulangan mereka ke United Kingdom sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya,mungkin kerana kami terlalu rapat,tak pernah pun walau sehari kami tidak bergurau dan gelak ketawa.



Muhammad Sharif,dia seolah-olah adik bongsu dalam persahabatan kami ini,seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun,amat ceria,juga seorang yang mahir dalam bahasa arab..
Ketiadaan mereka berdua amat menyentuh perasaan kami bertiga..

Entah bila kami dapat bertemu sekali lagi,dan sama2 menempuhi detik2 manis bersama,
tersembunyi didalam lubuk hati sebuah harapan agar dapat kita bersua di suatu hari nanti...insyAllah

Khamis, 19 Februari 2009

Sunnah yang 7

0 comments

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sabtu, 31 Januari 2009

Kita yang bersalah..

0 comments






“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”


Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat akidah umat Islam. Mereka berusaha dengan pelbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya. Kalaupun tidak sampai memusnahkan akidah mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya.



Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini bersikap ‘toleransi’ terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dipraktikkan dalam acara tertentu sahaja. Agama hanya dijadikan aktiviti bermusim dan sebagai agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan. Kini umat Islam berdepan dengan masalah yang sangat ketara bahawa agama hanya sekadar pada nama,tanpa penghayatan dan bukan lagi menjadi suatu cara hidup.

Cuba kita teliti dan hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di akhirat kelak. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan. Malah membenteng diri daripada ditembusi akidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.


Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada ‘khairunnas’ - sebaik-baik manusia. Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:

Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman, mungkin itu sekadar boleh mengesahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.” Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.

Kedua: Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan akhirat. Bermula dari alam barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak mampu untuk berfungsi sedikit pun. Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti jika dinisbahkan dengan kehidupan di akhirat. Satu hari di akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di akhirat hanyalah beberapa minit saja.

Menyedari hakikat bahawa hidup ini amat singkat berbanding akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu sahaja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat syurga yang tidak dapat dibayangkan. Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: “Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah.” Sekecil-kecil kejahatan ada dosa dan nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba-lumba berbuat kebaikan. Dalam pada itu dosa kecil yang dilakukan, dirasakan seperti "gunung yang hendak menghempap kepala”

Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang mengidamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.

Isnin, 26 Januari 2009

Journey...

0 comments


dari kiri ANGAH(Zikri),ABAH(dr Liwauddin)..dan saya






Baru2 ni saya sempat jalan2 bersama ayah tercinta yang kebetulan datang ke yaman atas urusan perniagaan dia...Kami bertolak dari bandaraya Sana'a menuju ke Hudaidah pada Awal pagi,dan singgah breakfast di sebuah perkampungan yang tak ingat namanya...




Kemudian kami meneruskan perjalanan yang agak mencabar,dengan jalanraya dicelah2 gunung yang tiada penahan jalan...huhu..ngerii betul.
















Ahad, 11 Januari 2009

Gaza....2009

1 comments





















Seorang anak bersama Ibu tersayang ketika detik2 terakhir....


Kehancuran dan pembunuhan...






Adakah kita masih lagi mampu tersenyum melihat kekejaman ISRAEL laknatullah yang sebegini rupa...harus kita fikirkan bersama..
 
Copyright 2010 AMBOI.
Designed by PANKAJ C. Thanks to BloggerBits