Pages

Sabtu, 28 Mac 2009

OLD city of Yemen

0 comments
Saya bersama seorang kanak-kanak yaman



Air hujan masih lagi mengalir di jalanan yang tidak berlongkang milik Bandaraya Sana'a,walaupun ianya telahpun berhenti sejak dua jam lagi,walaupun begitu,tidak menghalang saya dan rakan-rakan untuk ke Babul yaman(sebuah tempat lama untuk membeli belah sejak zaman Nabi).Kelihatan manusia makin berpusu-pusu masuk menerusi pintu gerbang kota lama Yaman,selepas asar pemandangannya memang sebegini,masing-masing sibuk dengan perniagaannya,ada yang diatas lantai,ada yang berjalan,dan ada juga yang menggunakan kereta tolak.Kami meneruskan perjalanan ke dalam kota tersebut,saya yang agak santai pada ketika itu memegang watak sebagai jurugambar,disini beberapa kepingan gambar yang saya tangkap..



Macam-macam gaya dan cara..





Manisan-manisan..


Suasana di jalanan dalam bandar lama



Razif dan Muzammil,bagai irama dan lagu,tak dapat dipisahkan.



Seni binaan yang berumur 1500 tahun




Muzammil dengan gayanya...


Muzammil sibuk mencari hadiah untuk isterinya

Rabu, 25 Mac 2009

Kalaulah tidak kerana Ikhlas....

1 comments

Mentari yang bersinar mulai menghangatkan Bandaraya Sana'a yang telahpun hangat dengan kesibukkan dijalan raya dan di pasar-pasar,bunyi hon dan jeritan telahpun biasa kedengaran di bandaraya tinggalan Abrahah ini,aku juga terasa kehangatannya kerana dari tadi bersendirian di tengah-tengah lautan manusia di Pasar Al-Qa',pasar yang terbesar di Sana'a Yaman.Jam ditanganku telah menunjukkan pukul 11.30pagi,"masih awal lagi,tapi kenapa terlalu ramai orang hari ni,peliknya.."bisik aku sendirian.Jari jemariku yang agak kemerah-merahan telahpun kebas disebabkan plastik-plastik berat yang memenuhi ditanganku,aku amat berharap ketika itu,ada seseorang datang membantuku,tetapi apakan daya.Aku meneruskan perjalananku ditengah-tengah pasar,aku cuba cari jalan untuk keluar,tetapi hampa,kerana jalan2 dan kedainya hampir sama semuanya.


"Ya akhi!,lau samah.ana ishti ilal makhraj,wainuh?(Saudara!,boleh mintak tolong skit,saya nak ke jalan keluar,kat mana ye?)"tanya aku kepada seorang penjual sayur-sayuran,"Min hina2!!(Ikut sini2)".Jawabnya dengan bersungguh-sungguh sambil menuding jarinya ke sebelah jalan yang agak lengang.Aku pun berlalu pergi dengan kata-kata syukran terhadapnya,Akhirnya sampai juga aku dihadapan jalan raya besar,aku berjalan ke perhentian bas yang agak sesak dengan orang-orang yang sedang menunggu disitu,ada yang dah mula khozin(kunyah daun Qat),tak sangka seawal ini pun dah ada yang mulakan menguyah daun yang agak masyur di yaman itu,kebiasaannya selepas makan tengah hari barulah kelihatan lelaki-lelaki yaman mengunyahnya,hingga masing-masing berpipi kembung,seakan-akan hampir meletup.
Aku duduk seketika diteduhan papan tanda,merehatkan sedikit sendi-sendi yang telahpun penat,jari-jemariku telahpun kelihatan merah dan sedikit biru,ada sedikit lagi barang yang perlu dibeli,pasar Qa' dengan hostel tempat aku menginap agak jauh juga.Aku pun mulai mencapai telefon bimbitku yang berada di poket kanan seluarku,aku menghantar mesej kepada ahmad musa,rakan sebilikku yang sedang mengulang Al-Quran sendirian dirumah,mesejku agak berbunyi meminta tolong darinya supaya membeli sedikit barang-barang dapur yang masih belum cukup.Pada mulanya aku ingin meminta bantuan dari adikku,tapi dia masih di dalam Kuliyah.Aku amat berharap ahmad dapat membantuku.

Kelihatan dari jauh bas besar yang akan menuju ke dairy(disitu terdapat stesen bas yang akan ke hostelku),aku pun bangun berjalan kearahnya bersama plastik-plastik yangku bawa tadi,aku berlari di tengah-tengah kesesakan jalan raya yang panas membahang,aku agak kecewa setelah melihat bas tadi telahpun penuh,bahkan ada orang yang berdiri dipintunya,aku berpatah balik ke kaki lima,"Nampak gaya kena ambik teksi lah macam ni"keluh aku sendirian,aku mula berjalan sedikit ke hadapan hospital besar Yaman,kelihatan disitu makin ramai orang berniaga,ada yang menjual buah-buahan,ada yang menjual jagung bakar,ada juga yang bawa kereta sorong yang diletakkan diatas nya sekeping papan untuk dijadikan kedai bergerak yang menjual pelbagai gula-gula dan manisan.terpegun juga aku melihat orang-orang yaman ini,mereka bukanlah golongan-golongan yang kaya raya,hidup mereka amat mencabar,tidak seperti kita,tetapi mereka amat minat dalam perniagaan.


Azan zohor dari Masjid Syiah Zaidy telahpun kedengaran,aku masih menanti bas yang dari tadi semuanya telahpenuh,dengan penuh kesabarannya aku mula mengorak langkah untuk menahan sebuah teksi,"Ana ishti ila Jaulah jamiah fid dairy,bikam?(Saya nak ke Bulatan University di dairy,berapa?"tanya aku kepada seorang pemandu teksi yang agak mutawwi'(baik dan soleh),"Yallah bi miatain,tamam?(Ok lah,dua ratus riyal,amacam?)"jawab dia dengan tersenyum,serban tradisional yang dipakainya dibetul-betulkan,aku hanya mengangguk kecil,penat betul hari ni,aku terus duduk dikerusi belakang dan meletakkan plastik-plastik yang berisikan ikan dan sayuran tadi dtepi ku.Telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej telah masuk,aku amat tertekan tatkala membaca mesej yang agak menyakitkan hati dari ahmad musa,"Kenapa tak beli barang-barang tu semua terus?".

Dari pasar tadi hingga ke Dairy,aku tidak merasakan jauh perjalanannya kerana aku amat bengang dengan mesej tadi,aku tak sangka dia sanggup hantar mesej seperti itu terhadapku,siapakah dia untuk berkata begitu?.Adakah aku orang gajinya,atau aku tukang khidmat peribadinya?.Balik ke hostel nanti aku juga yang kena masak,aku yang kena basuh pinggan,dan aku juga yang nak kena kemas dapur,bila aku suarakan dalam mesyuarat baru-baru ini ingin buat giliran memasak,dia dan adik aku berpendapat mereka belum ada kemahiran lagi,so kita masak sama-sama,yang tak pandai masak tolong kemas ke,potong-potong sayur ke.Tetapi semua tu hanya tinggal kata-kata sahaja,aku tetap bersendirian didapur,dan dia didalam bilik,menanti hidangan tiba,Jarang sekali dia datang kedapur,tak pernah pun membantu melainkan apabila disuruh.kadang-kadang ada juga sehari dalam seminggu ahmad masuk ke dapur,tetapi selepas dia masak aku,segala barang-barang yang dia gunakan tadi dalam keadaan bersepah,aku keseorangan yang mengemasnya,SIAPA YANG BOLEH BERSABAR DENGAN TINGKAH LAKU SEBEGINI?,aku memang telahpun menjangka perkara ini akan berlaku suatu hari nanti.

Sehari sebelum itu,kami telahpun merancang untuk pergi bersama-sama ke pasar,tetapi ahmad tak dapat hadir kerana dia berada di rumah penjaganya yang mengajaknya makan tgh hari dirumah,jadi kami batalkan perancangan itu dan merancang untuk pergi ke pasar pada keesokan paginya,tetapi pada pagi hari pula,aku mengajak ahmad sekali lagi,tetapi dia hanya diam,dan berkelakuan seperti enggan mengikut aku,dia memang seorang yang tidak suka berterus terang dan memberi penjelasan,aku pun dengan akur pergi ke pasar seorang diri,adikku pula di Universiti...Jadi adakah aku seorang yang zalim dan jahat?seorang yang cerewet,tak boleh ke pasar seorang diri?...Entahlah


Artikel yang saya karang ini adalah merupakan suatu penjelasan kepada Artikel yang telah ditulis oleh ahmad musa di dalam blognya : http://ahmadmusa.blogspot.com/ ,artikel itu bertajuk What the...

Isnin, 23 Mac 2009

Buat baik berpada-pada

0 comments
Sudah hampir seminggu saya tak pulang ke asrama,berikutan baru-baru ini berlaku sedikit salah faham diantara kami rakan sebilik.Entah kenapa saya rasa lebih selesa dan gemar menetap bersama sahabat-sahabat yang tinggal di rumah sewa,mungkin kami sehaluan dan saling memahami,Alhamdulillah,Razif,Muzammil dan Faiz Karim amat membuatkan saya gembira dan selesa dalam setiap urusan bersama mereka.Pada perancangan awal,tahun ini saya dan adik tinggal bersama di hostel hakmilik Universiti Sains dan teknologi yaman,tapi oleh kerana disitu kami perlu memasak sendiri,dan bilangan kami sedikit,hanya 3 orang,saya,adik dan ahmad musa,kami hanya mampu bertahan selama 4bulan,masing-masing mengambil haluan masing-masing.

Siapa yang boleh bersabar apabila direndah-rendahkan dan dihina dalam keadaan kita yang memerlukan bantuan dari dia,dalam keadaan kita yang banyak bersusah payah untuk makan minum dia,malahan dia dengan tenang dan bersahaja memberi komen dengan angkuh dalam bentuk sedikit penghinaan apabila kita meminta bantuan,dan langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya dengan sifatnya yang sebegitu.Oleh sebab itu saya mengambil jalan selamat,agar tidak tercipta apa-apa permusuhan,harapan saya semoga dengan pengasingan makan minum di hostel ini adalah merupakan jalan yang terbaik,kerana masing-masing ada haluan masing-masing.

Banyak pengajaran yang saya dapat dari peristiwa-peristiwa yang sebegini,ramai orang hanya jadikannya sebagai halangan kehidupan,tetapi tidak saya,setiap apa yang berlaku kepada kita,pasti ada faedahnya yang boleh kita ambil manfaat.
Kita sebagai sahabat,haruslah memainkan peranan dalam setiap aspek,jangan melihat kepada satu pihak sahaja,bahkan sepatutnya cuba mendalami perasaan sahabat kita.

Sabtu, 21 Mac 2009

Terima Kasih Abah.

0 comments

Jam didinding menunjukkan 3pagi,entah kenapa malam ini aku merasakan dadaku amat perit sekali,sukar untukku bernafas,aku cuba bangun untuk melegakan rasa didada,tetapi tidak juga.Masuk hari ini,sudah 4hari aku dibilik sakit madrasah,bosan juga bila menetap didalam bilik sepanjang masa,melihat orang kehulu-kehilir,dari pagi sampai ke malam,aku masih ingat lagi semalam baru sahaja aku buat temujanji dengan dr.ismail,katanya aku hanya sakit asma biasa,tapi aku seakan tidak percaya,kerana kali ini aku rasakan bukanlah biasa,sesaknya lain macam,aku tetap tekad hari ni aku nak berjumpa dengan doktor sekali lagi,aku dapat rasakan ubat asma yang aku sedut dari hari sejak aku sakit itu tidak memberi kesan.


Kata-kata dr.ismail selepas membuat pemeriksaan darahku sebentar tadi membuatkan aku jadi terperanjat seketika,tidak ku sangka darahku mengandungi racun,dan ada sedikit kesan kepada paru-paruku,disebabkan aku mengambil ubat sedut asma melebihi dos yang ditetapkan,aku memang mangkok!..huhuTanpa berlengah lagi,aku dibantu rakanku yang bertugas sebagai juruwat yang lebih dikenali sebagai humaidi,dia bersama safwan memapahku ke dalam kereta ustaz razif,ketika itu aku agak panik,aku tak mampu berjalan,saluran pernafasanku terasa amat sempit sekali,tulang didadaku terasa seakan-akan menghimpit paru-paruku,pedih yang teramat sangat,tenagaku hilang sepenuhnya.Aku terus dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,sesampai sahaja aku di hadapan pintu kecemasan,aku dibawa dengan katil bertayar ke dalam wad,tidakku sangka aku dimasukkan ke CCU,semua ahlinya makcik-makcik dan atuk-atuk yang dah lanjut umur.




Ketika itu aku hanya ditemani ustaz razif dan abang yusuf,aku berharap pada ketika itu aku dapat bertemu dengan ahli keluargaku,aku rasa ajalku hampir tiba pada ketika itu.Apabila aku bertanykan juruwat,dia pun tidak pasti apa penyakitku sebenar,menyebabkan aku semakin takut,setiap masa aku bertaubat dan meminta ampun dari Allah akan segala dosa-dosa yang aku telah buat,malam itu aku dikunjungi Abahku yang datang dari johor bharu,beliau berada disana atas maksud urusan syarikat,tidakku sangka panggilan sebentar tadi menggunakan handphone ustaz razif dijawab oleh abah,katanya akan sampai dalam 2jam lagi,abah agak cemas ketika mendengar perkhabaran aku dimasukkan ke CCU,mulai malam itulah abah tidur di perkarangan hospital,semata-semata ingin menjaga aku,kadang-kadang abah tidur diatas kerusi menunggu diluar wad,kadang-kadang juga abah tidur didalam kereta,ditempat letak kereta yang banyak nyamuk,sukar bagiku untuk memikirkan kembali segala apa yang abah lakukan untukku.


Jam didalam wad menunjukkan 8.00pagi,aku masih ingat seorang doktor india dan melayu datang memeriksa pesakit-pesakit termasuk aku,tangan kananku yang agak kemerah-merahan kerana tusukan jarum untuk memasukkan air kedalam saluran darahku agak berdenyut-denyut hari ini,aku harap jarum yang dah dua hari melekat di tanganku ini dicabut secepat yang mungkin.”Doktor,bila saya boleh keluar?,penyakit saya teruk sangat ke?”soalku dengan muka yang agak menagih simpati.”Penyakit adik taklah terlalu kritikal,teruskan makan ubat-ubat tu,lepas ni adik dah boleh masuk wad biasa”kata doktor melayu yang bernama Tengku Razak,”Satu lagi,lain kali jangan guna guna ubat asma tu melebihi dos tau,awak ni pelik betul lah!hmm”gurau doktor india yang sedang mencatit sesuatu dibuku catatannya mengenaiku.Aku tersenyum sahaja,selepas selesai pemeriksaan,aku lihat abah yang mengenakan baju kot coklat datang dari jauh,”Alhamdulillah,abah ada disini,”aku bersuara sendirian."Nak makan apa?abah belikan kat bawah kejap lagi.”.Abah memang memahami aku sejak dari dulu lagi,abah faham yang aku menahan sabar memakan sajian pagi,tgh hari dan malam tanpa garam dan gula,semua hidangannya tawar.Aku hanya pesan nasi lemak dengan telur mata dan teh tarik untuk kali ini,akhirnya kempunan aku diakhiri juga.Juruwat yang sebentar tadi memindahkan wayar air ditangan kananku ke tangan kiriku tersenyum dari jauh,mungkin dia tak sangka,aku seperti budak kecil dihadapan abahku.


Masuk hari ini,sudah 3hari aku di HUKM,pelekat berwayar didaku masih setia disitu,Cuma oksigen di hidung,aku cabut kerana terkadang aku agak rimas dengan wayar dihidungku,aku cuba untuk duduk,Alhamdulillah,rasa tenagaku sudah kembali.Pagi itu aku masih ingat lagi,ketika pemeriksaan doktor,abah berada disebelahku,aku dapat dengar sedikit pertelingkahan diantara abah dan doktor tersebut,apa yang aku faham,abah ingin membawaku pulang,dan menyambungkan perubatan di Hospital Besar Kuala Terengganu,tetapi doktor enggan memberi izin,akhirnya aku dengar abahku berkata dalam bahasa inggeris,”saya pun doktor dalam jurusan medical!”…Doktor yang sebentar tadi agak sombong tiba-tiba bertukar menjadi segan dan malu dihadapan abah,mungkin dia tidak menyangka yang abahku ini seorang doktor seperti dia,kerana abahku sentiasa dan selalu mengenakan jubah putih dan kopiah putih kalau kemana-mana.”Kejap lagi faiz dah boleh keluar,kena buat surat sikit je”abah bersuara dihadapanku,Alhamdulillah,ketika itu aku rasakan seperti menerima keputusan dari mahkamah membebaskanku keluar dari penjara,baju yang berwarna ungu bertali itu aku tukarkan kepada t-shirt,sebagai lambang kebebasanku,makcik nyonya dihadapan katilku agak hairan melihatku girang hari ini tidak seperti orang lain..

Rabu, 11 Mac 2009

S4H4B4T

0 comments

Alhamdulillah,dengan kasih sayang dan izin dari Allah s.w.t,dapat juga saya terus menulis,dalam kesibukan yang mendatang sejak dua menjak ini,sempat juga saya meluangkan masa untuk meconteng sedikit kata2..buat kali ini, ingin sekali saya menyentuh tentang persahabatan,kerana kita sebagai manusia sememangnya perlu bersahabat,cuma ramai orang tidak mengambil perhatian terhadap unsur-unsur halus dan penting dalam bersahabat.

1. Saling bantu membantu,dan saling peka dan proaktif,contohnya apabila seorang sahabat memerlukan bantuan,maka sahabat yang lain haruslah peka,kerana kemungkinan besar dia agak malu untuk meminta pertolongan dari kawan-kawannya, apabila seorang sahabat membantu rakannya tanpa diminta,maka dengan itu akan timbullah rasa kemesraan dan kasih terhadap rakan tersebut,sesetengah orang hanya akan membantu apabila kawannya itu meminta pertolongan darinya,maka orang ini diklasifikasikan sebagai orang yang angkuh dan ego,bahkan yang lebih teruk lagi apabila diminta pertolongan darinya,dilambat-lambatkan atau ditangguhkan menyebabkan sahabat tadi sabar menanti ,maka persahabatan ini tidak akan bertahan lama.

2.Saling bertolak ansur,manusia akan gembira apabila dirinya dilayan dan dijaga dengan rapi,tapi manusia agak tidak akan gemar apabila dia perlu melayan dan menjaga orang lain,itu memang lumrah makhluk bernama manusia,tapi haruslah kita perhatikan,dalam bersahabat haruslah saling bertolak ansur,adalah tidak adil seandainya seorang sahabat itu membantu rakannya ketika dalam kesusahan,memudahkan segala urusannya,tapi apabila kawannya yang membantunya tadi mengalami kesusahan,langsung tidak dipedulikannya,mungkin bagi anda perkara ini tidak mungkin akan berlaku,tapi percayalah bahawasanya ianya pernah berlaku dan tetap akan berlaku,kerana manusia adalah makhluk yang mudah lupa.

3.Tidak memandang rendah,selalunya kita mudah leka apabila kita diterima dan disanjung didalam persahabatan,maka kita langsung menghina dan memandang rendah sahabat kita,dengan mudahnya kita menganggap sahabat tadi hanya teman sementara cuma,kita tidak berhajat pun kepadanya,dan setiap bantuan yang sahabat kita selalu berikan,kita hanya menganggap semua itu memang tanggungjawabnya,jadi apabila dia enggan membantu atau memberi alasan terhadap kita untuk tidak membantu kita,maka kita akan naik berang dan memaki hamunnya,maka ini adalah satu kezaliman,sepatutnya kita menerima alasannya dahulu dan berbincang,kerana dia bukannya dicipta untuk menjaga dan membelai kita,dia punyai kerja dan matlamatnya sendiri,dan dia punyai hak dan jalan hidupnya sendiri.


4.Berterus terang,ini adalah masalah besar bagi kaum melayu,kerana kita adalah kaum yang sememangnya tidak akan berterus terang seandainya menghadapi apa-apa masalah,ini adalah salah satu diantara masalah-masalah yang besar dalam berkomunikasi,khususnya dalam bersahabat,sepatutnya perkara ini boleh dipertimbangkan,tidak perlu untuk malu dan segan, tetapi seandainya ada perkara yang kita terlalu malu untuk berterus terang dihadapannya,kerapkan meminta maaf dari sahabat yang kita selalu berterus terang dengannya,contohnya:”Ali,kau boleh tak basuh periuk yang kau guna untuk masak tadi sebab aku nak guna sekarang nih,maaf ye”,maka dengan cara ini tidak akan terjejas perasaan
mana-mana pihak,melainkan kalau ali tetap enggan dan degil,maka itu lainlah ceritanya.


Khamis, 5 Mac 2009

Misteri di Karak..

0 comments

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri.

Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air.

Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan.

Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.
 
Copyright 2010 AMBOI.
Designed by PANKAJ C. Thanks to BloggerBits