Pages

Selasa, 21 April 2009

~ Insan yang paling berharga ~

0 comments
Kebanyakan daripada kita telahpun mengetahui betapa sayang dan kasihnya ibubapa terhadap kita,justeru itu kita sewajarnya membalas segala jasa baik mereka setakat yang kita mampu...Disini ada beberapa nasihat yang saya petik dan saya terjemah dari sebuah kitab arab :-

1. Sayangilah mereka dengan hati yang jujur dan ikhlas,hormati mereka dengan sebenar-benar penghormatan,gembirakan mereka dalam setiap urusan bersama mereka,jauhi perkara-perkara yang boleh mengguriskan hati mereka,taati setiap perintah mereka yang tidak bertentangan dengan Allah dan Rasul,bersemuka dengan mereka dengan wajah yang berseri,pandanglah mereka ketika mereka sedang bercakap atau ketika kita sedang bercakap dengan mereka,sentiasalah mendoakan untuk mereka,semoga Allah memanjangkan umur mereka,melindungi mereka dari segala malapetaka,dan semoga Allah membalasi segala jasa baik mereka dengan balasan kebaikan dari Allah yang sewajarnya,kerana kita sebenarnya tidak akan mampu membalas jasabaik mereka seperti mana yang mereka telah curahkan terhadap kita.

2. Hargailah mereka selagi mereka masih ada disisi kita,kerana ketahuilah sahabat-sahabatku,kekalnya ibubapa adalah satu nikmat yang paling besar bagi kita.Seorang anak yang tidak pernah menghargai ibubapanya akan mula menghargai mereka setelah mereka tiada,ketika itulah bermulanya episod hidupnya yang dipenuhi kesesalan yang berpanjangan dan kesedihan yang amat memedihkan.Oleh itu,berkhidmatlah terhadap mereka selagi mereka masih ada bersama kita,sentiasalah meminta doa dari mereka,kerana doa dari kedua ibubapa terhadap anak adalah makbul disisi Allah.

3. Beradablah dengan mereka,jangan sesekali membelakangi mereka,apatah lagi ketika mereka sedang bercakap dengan kita.Dizaman era baru ini,anak-anak yang telah besar,mulai rasa lebih pandai dan bijak dari ibubapa mereka,maka adab mereka terhadap ibubapa mulai pudar dan ada juga yang telahpun hilang,bahkan ada juga yang berani meninggikan suara dihadapan ibubapa mereka,seolah-olah ibubapa mereka tiada nilai langsung bagi mereka.sedangkan ibubapa inilah yang menjaga mereka dari dalam perut hingga pandai berjalan,dari ribaan ibu hingga besar panjang,tapi kenapa masih ada anak yang tidak memahami?....

4. Seandainya mereka telah pergi ke Rahmatullah,sentiasalah berdoa untuk mereka,sedekahkan amalan untuk mereka,jangan sesekali lupakan mereka,muliakan sahabat handai mereka,sambungkan silaturrahim yang telah putus diantara mereka,selesaikan hutang-piutang mereka,semoga Allah mengolongkan kita diantara anak-anak yang soleh insyAllah.


Disini sebuah tatapan yang berbentuk puisi dan luahan untuk insan yang bernama anak:-

Wahai anak-anakku,
Apabila suatu hari nanti engkau mendapati diriku semakin tua,
Hendaklah engkau bersabar dan memahamiku,
Jika aku mengotorkan diriku ketika makan,
jika aku menghadapi kesukaran menguruskan diri…bersabarlah!
Ingatlah waktu-waktu yang aku luangkan untuk mengajarmu tentang segala sesuatu ketika kamu masih kecil dahulu,
Jika aku mengulangi perkara yang sama setiap detik masa, janganlah engkau menegurku!
Dengarlah kata-kataku!
Sewaktu engkau kecil, engkau selalu memintaku supaya membacakanmu cerita yang sama,malam berganti malam, sehinggalah kamu tertidur… Dan aku menurut sahaja!
Jika aku tidak membersihkan diriku setiap hari dengan air,
usah menegurku dan memberitahuku bahawa itu sesuatu yang memalukan…
Ingatlah berapa banyak alasan yang aku reka untuk membuatkan kamu mandi semasa kecilmu…
Bila melihat kejahilanku terhadap teknologi baru, usahlah engkau mentertawakan diriku, tetapi berilah aku masa untuk memahaminya…
Aku telah mengajarkanmu terlalu banyak perkara supaya kamu dapat makan dengan baik… dapat menguruskan diri dengan baik… dapat berkelakuan baik… dan bagaimana menghadapi segala masalah di dalam kehidupan…
Jika pada suatu ketika aku terlupa atau tidak mampu mengikuti sesuatu perbualan, berilah masa padaku untuk mengingatinya kembali dan jika aku masih tidak dapat mengingatinya, janganlah engkau berasa marah dan menjadi sombong terhadapku… kerana sesuatu yang amat penting bagiku… adalah untuk bersama dengan dirimu dan dapat berbual denganmu anakku….

Jika aku menolak untuk makan, janganlah memaksa diriku!
Aku tahu bila aku lapar dan bila aku tidak lapar,
Jika kaki tuaku sudah tidak mampu berjalan seperti sebelumnya…
…Bantulah aku sepertimana aku pernah memaut tanganmu untuk mengajarkanmu memulakan langkah pertamamu…
Dan apabila pada suatu masa nanti, aku memberitahumu bahawa aku payah mengharungi hidup ini, aku makin hampir dengan mati, janganlah marah padaku… kerana pada suatu hari nanti engkau akan faham…!
Cubalah engkau memahami bahawa pada suatu tahap usia, kami benar-benar lemah menghadapi hidup ini. Kami cuba mengharunginya…
Suatu hari nanti, engkau akan faham bahawa pada setiap kesalahan yang aku lakukan, aku selalu inginkan yang terbaik untuk dirimu, yang telah aku sediakan sejak engkau kecil lagi untuk dirimu membesar.
Engkau tidak perlu merasa sedih, malang, atau lemah di hadapan usia tuaku dan pada keadaan diriku ini. Hendaklah engkau berada di sampingku, cuba memahami hidupku, melakukan yang terbaik sepertimana yang aku lakukan ketika kelahiranmu.
Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku untuk mengakhiri hidupku ini dengan kasih sayang dan sabar… Hanya satu cara yang perlu untukku menghargai dirimu, iaitu senyuman dan kasih sayang dari dirimu.
Aku sayang kamu… wahai anak-anakku!

Nak…,menjadi ayah itu indah dan mulia, dengan itu aku bangga. Besar kecemasanku menanti kelahiranmu dulu belum hilang hingga saat ini. Kecemasan yang besar dan indah itu kerana didasari sebuah cinta dan kasih….
Meskipun demikian, ketahuilah, menjadi ayah itu berat dan sulit. Tapi ku akui, betapa sepanjang masa kehadiranmu disisiku, aku seperti menemui makna keberadaanku dan tugas kebapaanku terhadapmu.
Sepanjang masa kehadiranmu adalah suatu masa terindah dan paling aku banggakan di hadapan siapa pun. Bahkan di hadapan Tuhan sekali pun aku membanggakan mu ketika aku duduk berduaan dengan mu dihadapanNya, hingga saat usia senja menanti.…
Anak ku…. ., saat pertama engkau hadir, ku cium dan ku peluk engkau sebagai buah cinta ku dan cinta ibu mu. Sebagai bukti dan pengikat bahwa aku dan ibu mu tak akan pernah terpisahkan oleh apa pun dan siapa pun.
Engkau ternyata bukan milik ku, bukan pula milik isteri ku ibu mu, engkau adalah milik Allah yang dititipkan kepada ku. Dari itu tak ada hak ku menuntut pengabdian dari mu. Kerana pengabdian sesungguhnya hanya patut untuk Nya.
Sejak saat itu, satu-satunya usaha ku adalah mendekatkan mu kepada pemilik mu yang sebenarnya.
Tugas ku bukanlah membuat mu dikagumi orang lain, tapi tugas ku sebenarnya adalah membuat mu dicintai Allah, untuk itu aku harus mendekatkan mu kepada Nya.
Inilah usaha terberat ku, kerana di situ ertinya aku harus terlebih dahulu memberikan contoh kepada mu bagaimana mendekatkan diri dengan Nya. Keinginan ku harus sesuai dengan keinginan Nya Sang Pemilik mu agar perjalanan ku untuk mendekatkan mu kepada Nya tak lagi terlalu sulit.
Kemudian, kita pun memulai perjalanan itu berdua bergandingan dengan ibu mu, tak pernah engkau kami biarkan tersandung kerikil tajam, terperosok kelembah hitam. Ku genggam jemari mu kupeluk jiwa mu, agar dapat kau rasakan hangatnya perjalanan rohani ini.
Saat engkau mengeluh letih berjalan, ku tarik engkau dengan belaian sayang kerana kita memang tak boleh berhenti. Perjalanan mendekat dengan Nya tak kenal letih tak kenal berhenti.. Berhenti bererti mati mata hati. Inilah kata-kataku. Acap kali ku belai, ku peluk dan ku usap air matamu ketika engkau hampir putus asa.
Akhir nya nak, kalau nanti, ketika semua manusia dikumpulkan dihadapan Nya di padang mahsyar, kudapati jarakku amat jauh dari Nya, aku ikhlas, aku rela dan aku redha, kerana seperti itulah aku di dunia. Tapi kalau boleh aku berharap, aku ingin melihat mu di saat itu engkau berada dalam pelukan Nya dekat sekali dengan Kasih dan Cinta Nya.
Bangga aku, aku bangga, kerana itulah bukti bahawa engkau yang dititipkan kepadaku telah dapat pula aku kembalikan kepada Pemilik Nya, Allah Rabbul ‘Alamin.
Wassalamu 'alaikum.



رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Khamis, 16 April 2009

~ Sahabat ~

2 comments
Persahabatan itu adalah satu anugerah dari Allah,tak dapat dibeli dengan harta,tak dapat juga dinilai dengan mata dan akal sendiri,Aku panjatkan syukurku kehadrat Allah s.w.t,yang menganugerahkan kepadaku sahabat yang berbudi bahasa,yang aku dapat belajar darinya,yang sentiasa menasihatku dan memperbetulkan salahku,yang dapat membimbingku kejalan yang diredhai oleh-Nya…

Disini inginku persembahkan beberapa sahabat karib yang banyak membantu dalam setiap aspek kehidupanku di Yaman,juga yang mengisi kehidupan ketika diri ini amat sunyi…



Nama: Razif bin Mohd Ariff

Berasal dari: Kuala Lumpur,Malaysia

Berumur: 27tahun

Status: Bujang

Latar belakang: Amat mesra dengan orang yang tidak dikenali,dan sentiasa memberi nasihat dan kata semangat,juga amat minat bergurau dan mengusik sahabat yang rapat dengannya, dan seorang yang berterus-terang.

Nama: Amiin Al-sobri

Berasal: Taiz,Republik Yaman

Berumur: 25tahun

Status: Bujang

Latar belakang: Seorang yang serius dengan orang yang tidak dikenali,suka memuji dan memberi teguran terhadap orang yang karib dengannya,amat suka ketawa dan senyum.



Nama: Khalid Nayan

Berasal: Selangor Darul Ehsan,Malaysia

Berumur: 34

Status: Telah berkahwin

Latar Belakang: Seorang yang amat tegas,berpegang teguh dengan pendiriannya,amat mesra apabila telah dikenali,sentiasa memberi nasihat kebaikan,bersifat seperti masih bujang berkelana,merangkap guru silat cekak hanafi di Sana’a Yaman.


Khamis, 9 April 2009

Ummi...

2 comments

Rumah kami di Kuala Terengganu


Rumah kami di Sana'a,Yaman

Aku seringkali terfikir mengenai ibuku kandungku,Ummi..,rinduku makin menebal sejak dua menjak ni,terhadap ummi dan adik-adik tersayang di tanah air.Ingin sekali ingin ku kucup tangannya,berbual-bual dengannya,apatah lagi merasa masakannya,aduhai...

Masuk bulan ni,hampir 5 bulan aku dirantau orang,di Negara Republik Yaman ini,terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejaka aku mula menetap disini bersama adikku,maklumlah pertama kali dirantau orang tanpa family,pada tahun yang lepas kami sekeluarga seramai 10 orang termasuk ummi dan abah telahpun sama-sama menetap di yaman,kebetulan abah yang mempunyai banyak urusan dengan univesiti teknologi disini,kami telahpun meluangkan masa bersama di yaman selama setahun,disitulah kenangan kami yang paling indah.

Kini semuanya tinggal kenangan,segala masalah aku harus menghadapinya seorang diri,hanya Allah tempatku mengadu,bagiku ummi insan yang tiada tandingan,tiada gantinya..amat banyak yang aku dapat belajar darinya tentang seni kehidupan,mungkin bagi sesetengah anak,ibunya hanya perhiasan didalam keluarga,tetapi tidak sesekali bagiku,walaupun kadang-kadang aku jadi marah dan geram bila ummi mula membebel,tapi aku akui,aku yang bersalah,aku yang menyebabkan ummi marah,dan kata-kata ummi itu semuanya patut aku dengar dan taat..maafkan faiz ummi..

Aku amat bangga dengan ummiku,Ummi seorang yang tegas tapi penyayang,Ummi juga seorang ustazah,juga seorang pendakwah dan Ibu kepada 8 orang anak...Oleh itu aku bersumpah dengan nama Allah,aku akan mentaati ummi,menyayangi ummi,dan melindungi ummi selagi nyawa di kandung badanku...insyAllah..

Kan syurga dibawah tapak kaki ibu...
 
Copyright 2010 AMBOI.
Designed by PANKAJ C. Thanks to BloggerBits