Pages

Ahad, 28 Disember 2008

Jumaat Di Yaman...

0 comments
Masjid Andalus,masjid yang memberi sejuta kenangan ketika bersama dengan keluarga menetap di Yaman..






Jumaat, 26 Disember 2008

أنا و أنا...هههه

0 comments
الحمد لله الذي أنعمنا بهدايته ,وجعلنا من المؤمنين, أشكر لله لأنني قد وصلت صنعأ اليمن يوم الخميس في الساعة إثنى عشر ليلا, و عندما خرجت من الطائرة, أشعر ببرد شديد, لأن درجة الحرارة تقريبا بثلاثة درجة, وإهتززت بإهتزاز شديد, هههه,والأخ عبد العزيزالعشبي إنتظرني لمدة ثلاثة ساعات , لأن الطائرة حقنا قد تأخرت لساعتين , ووجّهنا أنا و أخي الصغيرفي مشكلة الإقامة,والعملية لنحلّ المشكلة تستغرق الوقت بنصف الساعة , وأخيرًا نحن نخرج من المطارفي الساعة الواحدة, ونركب السيارة عبد العزيز ونذهب إلى بيته ونمنا هناك

Rabu, 24 Disember 2008

Me n Sana'a ....

0 comments


Ini adalah sebuah kedai buah bergerak yang menjual hanya limau yaman..cara menjual camni memang agak pelik la kalau kat malaysia ada jgak org buat...huhu.








Dan ni video kesesakan jalan raya kat bandar sana'a yaman,heee, apa yang anda boleh komen dari sedutan ini...

Isnin, 22 Disember 2008

Kita Berbeza...

0 comments


Seorang lelaki akan menanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh manakala dosa seorang gadis yang sudah baligh dan belum berkahwin pula ditanggung oleh bapanya.
Lelaki yang telahpun berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??


Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya

2. isterinya

3. anak perempuannya

4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya

2.ayahnya

3. anak lelakinya

4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat kepada suaminya

4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.


Maka dengan keistimewaan itu,JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA......

Micheal as Mikael

0 comments


He is said to have been encouraged by Canadian songwriter David Wharnsby and Phillip Bubal, a producer, who both approached him after he appeared 'a bit down'.
A source told The Sun: 'They began talking to him about their beliefs, and how they thought they had become better people after they converted. Michael soon began warming to the idea.
'An imam was summoned from the mosque and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief.'
His brother Jermaine Friday, previously hinted Jackson was considering converting to the religion.
'When I came back from Mecca I got him a lot of books and he asked me lots of things about my religion and I told him that it's peaceful and beautiful,' said Friday, who embraced the faith in 1989.
'He read everything and he was proud of me that I found something that would give me inner strength and peace.
'He could do so much, just like I am trying to do. Michael and I and the word of God, we could do so much.'
Meanwhile, Jackson is scheduled to give evidence in person at London's High Court to defend allegations that he owes an Arab sheikh ?4.7 million.
His barrister, Robert Englehart QC, told Mr Justice Sweeney today that he was withdrawing his application for Jackson to give his evidence via video link from Los Angeles because of health fears.
'He has been cleared by his medical advisers to travel in two days' time,' he told the judge.
Jackson is expected to arrive in the UK over the weekend to give his evidence on Monday afternoon.

Selasa, 2 Disember 2008

Banjir Dan NikmatNya...

0 comments


Hampir dua minggu berturut-turut,hujan lebat membasahi negeri pantai timur,menyebabkan banyak jalan-jalan di bandar turut dinaiki air,apatah lagi jalan-jalan di perkampungan yang telah pun biasa dinaiki air,ramai penduduk-penduduk tempatan terpaksa berpindah-randah,dan ramai juga yang tak dapat pulang ke kampung halaman dengan lebih awal,…tetapi Alhamdulillah,dari semalam,cuaca di Terengganu dan Kelantan,telahpun stabil seadanya,banyak juga jalan-jalan yang telah pun dibuka..



Kita jarang berterima kasih atas nikmat,yang seringkali kita dapat,tetapi apabila kita diuji dengan sedikit ujianNya,kita mengeluh,..Manusia akan menghargai sesuatu nikmat apabila mereka telah kehilangannya,Jadi adakah kita ingin nikmat itu hilang dari kita,barulah kita menghargainya.Firman Allah s.w.t :”Barangsiapa diantara kamu yang bersyukur,pasti Aku akan menambahkan(nikmat)untuk kamu,dan barangsiapa yang kufur(akan nikmat itu yakni tidak bersyukur),maka sesungguhnya azabku sangat pedih”…. renung-renungkanlah..

Selasa, 28 Oktober 2008

My Journey....

0 comments
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ketanah air pada 2.30 ptg waktu malaysia,perjalanan kami yang memakan masa hampir-hampir 10 jam,terlalu memenatkan kami,ditambah pulak dengan barang-barang yang semuanya seberat 250 kg,kami bertolak dari Sana'a Yaman,pada jam 8.00 malam,cuaca di sana'a pada malam hari telahpun mencecah 17 celcius,kemudian kami transit di Doha,Qatar selama 2 jam,dari situ kami menaiki flight yang baru untuk ke Malaysia....

Khamis, 2 Oktober 2008

Hari Raya...

0 comments

Jamuan Raya di Persatuan Pelajar Yaman.




Dari Kiri Muzammil(Tambun),Saya dan Ansari(anak sulong kepada arwah haji anwar hadramaut)

Selamat Berhari Raya diucapkan kepada semua warga muslim,yang berada di seluruh negara.Alhamdulillah baru-baru ni buat kali pertama bagi saya behari raya di rantau orang,seronok juga,kami solat sunat raya di restoran malaysia (DAMAI),berserta jamuan hari raya,tapi majlis tidak berapa ceria disebabkan datuk DUTA tidak hadir,disebabkan terpaksa ke Djibouti,uruskan masalah lanun.


Bersama Bekas President Permaya(Persatuan Pelajar Malaysia Yaman),Ustaz Zulkhiri


Bersama Ridwan Hudaidah...





Rabu, 1 Oktober 2008

Lanun Somalia yang tidak berkesudahan....

0 comments

Bunga Melati 5 dilepas selepas bayar RM6.8j


NAIROBI: Lanun di Somalia membebaskan kapal kargo Malaysia milik MISC Berhad (MISC) yang membawa bahan kimia, MT Bunga Melati 5, selepas wang tebusan AS$2 juta (RM6.8 juta) dibayar, lapor agensi berita, semalam.

Berita pembebasan kapal milik Malaysia itu disampaikan pegawai Program Bantuan Kelasi Afrika Timur berpejabat di Mombasa, Andrew Mwangura.


Inilah Kapal milik MSC yang bernama Bunga Melati

“Wang tebusan itu diberi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di perairan itu,” dakwanya selepas memaklumkan lanun Somalia turut menuntut wang tebusan AS$35 juta (RM119 juta) selepas menawan sebuah kapal Ukraine.


Kapal Ukraine itu membawa 33 kereta kebal T-72 dan bekalan tentera untuk Kenya bersama 21 anak kapal.

Kapal itu mengibarkan bendera Belize, menjadi mangsa terbaru lanun Somalia yang sudah menawan lebih 30 kapal pada tahun ini bertujuan menuntut wang tebusan besar.

MT Bunga Melati 5 dirampas sekumpulan lanun berkenaan di kawasan perairan antarabangsa di luar pantai Yaman, pada 29 Ogos lalu.

Mangsa terbaru..... kapal hak milik Russia yang turut dirampas baru-baru ini.

Kapal itu dengan 41 anak kapal terdiri 36 warga Malaysia dan lima krew penyenggaraan sementara warga Filipina, membawa 30,000 tan bahan petrokimia dalam pelayarannya ke Singapura dari Yanbu, Arab Saudi.

Ia kapal kedua milik syarikat perkapalan nasional Malaysia itu yang dirampas lanun.

Pada 19 Ogos, sebuah kapal MISC, MT Bunga Melati 2, dirampas sekumpulan lanun bersenjata di Teluk Aden, antara Yaman dan Somalia. Kapal yang dirampas pada kira-kira jam 10.09 malam waktu tempatan ketika itu membawa 32,025 tan minyak sawit bersama-sama 29 anak kapal warga Malaysia dan 10 warga Filipina.

Wajah-wajah lanun somalia...

Berikutan kejadian itu, tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dihantar ke teluk berkenaan bagi menjaga keselamatan kapal MISC lain yang melalui perairan berkenaan.

Khamis, 25 September 2008

Penyakit barah mulut makin meningkat di Yaman...kenapa ye?

0 comments


TABIAT mengunyah qat, daun daripada sejenis tumbuhan berbunga di kalangan penduduk Yaman kini menyebabkan masalah ekonomi dan kesihatan di negara itu, malangnya kerajaan mendapati amat sukar untuk membendung amalan buruk itu.
Bagi penduduk Yaman mengunyah qat adalah satu cara mengisi masa lapang. Tumbuhan ini mudah didapati hampir di seluruh Semenanjung Arab dan apabila dikunyah boleh memberi reaksi rangsangan lembut.
Bagaimanapun si pengunyah qat biasanya akan memasukkan seberapa banyak daun ke dalam mulut dan menyimpan di sebelah pipi, menyebabkan pipi menjadi kembung dan ia adalah suatu pemandangan biasa hampir di mana saja di negara itu. Sebilangan penduduk mengunyah qat untuk menambah tenaga ketika bekerja, manakala yang lain mengunyah qat untuk menenangkan fikiran.
Untuk mengatakan qat popular di Yaman mungkin keterlaluan, bagaimanapun hampir semua penduduk di Yaman mengunyah qat, dua pertiga lelaki dan satu pertiga wanita.
Adalah pemandangan biasa untuk melihat lelaki dengan pipi kembung duduk di kaki lima tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sebaliknya terus mengunyah qat.
Tabiat mengunyah daun ini juga bukan membabitkan golongan tertentu sebaliknya semua orang, daripada ahli perniagaan sehingga penjual di tepi jalan. Sebilangan kecil adalah pengunyah tegar, manakala kebanyakan penduduk akan mula mengunyah sejurus selepas makan tengah hari dan akan terus mengunyah sehingga lewat malam.
Qat sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk di Yaman, bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kerajaan semakin prihatin terhadap pengaruh qat di negara itu.
Orang yang bertanggungjawab memberi amaran kepada kerajaan mengenai masalah ini ialah Menteri Perancangan Yaman, Abdulkarim al-Arhabi yang mengetahui kesan mengunyah qat secara terperinci.
Beliau berkata, penyakit barah mulut semakin menunjukkan peningkatan berikutan petani yang menanam qat kini menggunakan racun makhluk perosak.
Semakin ramai petani menanam qat yang memerlukan banyak air berbanding tanaman makanan berikutan harga daun itu yang tinggi.
"Akibatnya negara padang pasir itu kini mengalami masalah kekurangan air yang amat teruk dan terpaksa bergantung kepada makanan yang diimport dan terpaksa membayar harga lebih mahal," katanya.
Abdul Karim berkata, pada masa sama tabiat mengunyah qat mempunyai kesan kepada produktiviti.
"Golongan muda boleh bekerja lebih dan meningkatkan produktiviti masing-masing, sebaliknya mereka lebih suka duduk melepak dan mengunyah qat," katanya.
Kritik terhadap kerajaan pula menuding ke arah seorang daripada tiga rakyat Yaman menganggur dan mengunyah qat adalah cara mudah melalui hari dalam kehidupan mereka, selain cara menjauhkan diri daripada minuman keras dan dadah lain yang lebih berbahaya.
Di pasar menjual qat di sekitar Sanaa, suasana riuh rendah dan kesibukan adalah pemandangan biasa. Daun qat bermutu tinggi boleh mencapai harga RM73 satu beg dan ia hanya mencukupi untuk dikunyah bagi tempoh sehari saja.
Hasrat kerajaan untuk menghapuskan tabiat mengunyah qat, bagaimanapun membimbangkan sebilangan penduduknya.
"Kerajaan memerlukan qat dan ia memperoleh banyak wang daripada cukai yang dibayar petani. Apabila penduduk mengunyah qat mereka tidak akan bertanya ke mana pergi keuntungan minyak Yaman," kata seorang penduduk yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad.
Kemiskinan, rasuah, ekonomi yang tidak menentu dan pengangguran, semuanya mempunyai kaitan dan hubungan dengan qat.
Ia mungkin mendatangkan masalah, tetapi tiada siapa yang tahu apa akan terjadi jika qat dihapuskan.
Seorang peniaga qat di pasar besar Sanaa pula menegaskan bahawa... qat adalah kunci keamanan kepada Yaman dan hanya orang bodoh akan cuba menghapuskannya."


Isnin, 22 September 2008

Yaman Oh yaman...

0 comments



Bersama muhaimin n frenz sehari sebelum ramadhan..




Hari berlalu dengan terlalu pantas,sampaikan ana pun x perasan ramadhan pun dah nak habis...insyaAllah kitorang akan pulang ke Tanah Air Malaysia,pada 6 haribulan 10 ni.


Dari kiri:Saya,Muhaimin and My bro zikri

Masuk bulan ramadhan ni, tepat 10 bulan kitorang kat bumi hikamh ni,rindu kat malaysia pun dah menebal ni,maklumlah first time stay oversea ngan family,ana rindu ngan suasana damai kat malaysia,kat c ni pening kepala layan karenah pak2 arab jer,kelam-kabut setiap perkara,x de benda yang diorang bertenang,tapi x lah semua camtu,kalau yang bagus tu memang betul2 berhikmah.








Ni plak ngan bebudak china yang belajar di Yaman,kitorang masa ni di Masjid Perdana Menteri Yaman





Jumaat, 1 Ogos 2008

Kenangan Di bumi Balqis..

0 comments

Di ladang unta Hudaidah,Yaman

Munib bersama ayam hijau yang kitorang pelihara,boleh hidup selama 3 bulan je!


Ni ketika singgah makan di Restoran Hamidah ngan Family






Bersama pengantin lelaki Yaman,semasa dalam perjalanan ke Kawkaban
Saya yang yang berkaca mata hitam.








Sabtu, 26 Julai 2008

Tentang Tabligh..

0 comments
Jemaah Tabligh (Kelompok Penyampai ) adalah gerakan misionary Islam dengan tujuan kembali ke ajaran Islam yang kaffah. Aktiviti mereka tidak terbatas pada satu golongan Islam saja.
Tujuan utama dari gerakan ini adalah membangkitkan jiwa spiritual dalam diri dan kehidupan setiap muslim. Jemaah Tabligh merupakan pergerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.Jemaah Tabligh diinspirasi pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Ilham untuk mengabdikan hidupnya hanya untuk Islam terjadi ketika Maulana Ilyas mengerjakan ibadat Haji pada tahun 1926.[3]Maulana Ilyas mencipta slogan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (dalam bahasa Urdu), yang beerti 'Wahai umat muslim! Jadilah muslim yang kaffah (menunaikan semua rukun dan syari'ah seperti yang disuruh Rasulullah)'. Tabligh rasminya bukan merupakan kelompok atau ikatan, tapi gerakan muslim untuk menjadi muslim yang menjalankan agamanya, dan hanya satu-satunya gerakan Islam yang tidak memandang asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya.
Lebih kurang dua dekad, Jemaah Tabligh berjaya disebarkan di Asia Selatan. Dengan dipimpin oleh Maulana Yusuf, putera Maulana Ilyas sebagai amir/pimpinan yang kedua, gerakan ini mulai mengembangkan aktivitinya pada tahun 1946, dan dalam waktu 20 tahun, penyebarannya telah sampai ke Asia Barat Daya dan Asia Tenggara, Afrika, Eropah, dan Amerika Utara. Sekali terbentuk dalam suatu negara, Jemaah Tablih mulai membaur dalam masyarakat tempatan. Meskipun negara barat pertama yang dipengaruhi Tabligh ialah Amerika Syarikat, tapi fokus utama mereka adalah di Britain, mengacu kepada populasi padat orang Asia Selatan disana yang tiba pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Jemaah ini memberitahu mereka tidak menerima sumbangan dana dari mana pun untuk menjalankan aktivitinya. Biayanya ditanggung sendiri oleh anggota Tabligh .
Tahun 1978, Liga Muslim Dunia membiayai pembangunan Masjid Tabligh di Dewsbury, Britain, yang kemudian menjadi markas besar Jemaah Tabligh di Eropah. Pimpinan mereka disebut Amir atau Zamidaar atau Zumindaar.Markas internasional pusat tabligh adalah di Nizzamudin, India. Kemudian setiap negara juga mempunyai markas pusat nasional, dari markas pusat dibagi markas-markas regional/daerah yang dipimpin oleh seorang Shura. Kemudian dibagi lagi menjadi ratusan markas kecil yang disebut Halaqah. Kegiatan di Halaqah adalah musyawarah mingguan, dan sebulan sekali mereka khuruj selama tiga hari. Khuruj adalah meluangkan waktu untuk secara total berdakwah, yang biasanya dari masjid ke masjid dan dipimpin oleh seorang Amir. Orang yang khuruj tidak boleh meninggalkan masjid tanpa seizin Amir khuruj. Tapi para karyawan diperbolehkan tetap bekerja, dan langsung mengikuti kegiatan sepulang kerja. Orang yang telah khuruj kemudian disebut Karkun, dan tanpa adanya suatu baiat.
Sewaktu khuruj, kegiatan diisi dengan ta'lim (membaca hadits atau kisah sahabat, biasanya dari kitab Fadhail Amal karya Maulana Zakaria), jaulah (mengunjungi rumah-rumah di sekitar masjid tempat khuruj dengan tujuan mengajak kembali pada Islam yang kaffah), bayan, mudzakarah (menghafal) 6 sifat sahabat, karkuzari (memberi laporan harian pada amir), dan musyawarah. Selama masa khuruj, mereka tidur di masjid.
Aktivitas Markas Regional adalah sama, khuruj, namun biasanya hanya menangani khuruj dalam jangka waktu 40 hari atau 4 bulan saja. Selain itu mereka juga mengadakan malam Ijtima' (berkumpul), dimana dalam Ijtima' akan diisi dengan Bayan (ceramah agama) oleh para ulama atau tamu dari luar negeri yang sedang khuruj disana, dan juga ta'lim wa ta'alum.
Setahun sekali, digelar Ijtima' umum di markas nasional pusat, yang biasanya dihadiri oleh puluhan ribu Karkun dari seluruh pelosok daerah. Bagi Karkun yang mampu, mereka diharapkan untuk khuruj ke poros markas pusat (India-Pakistan-Bangladesh/IPB) untuk melihat suasana keagamaan yang kuat yang mempertebal iman mereka.

Dipetik dari Wikipedia

Jumaat, 27 Jun 2008

NASIB isteri mujahidin...

0 comments


Mentari senja telah pun terbenam,
malam mula melabuhkan tirainya,
bersama perhiasan bulan dan bintang,
kesuraman memenuhi alam...
Di suatu perkampungan usang,
kelihatan anak-anak kecil mengadu kelaparan,
"Ibu,IBU!bila kita dapat makan?",tanya si anak kesedihan,
akan rezeki yang tidak berketentuan,
"Ibu!,bila ayahkan pulang?",
bertanya pula mengenai ayah yang tidak akan pulang,
rindu mereka terhadap ayah telah pun menebal,
kehilangan ayah amat dirasakan,
kesunyian sentiasa memenuhi pelusuk rumah,
sejak ketiadaan sang ayah,tiada lagi gurau senda dan hilai tawa,
sang ibu terkedu seketika,
tanpa menyedari air jernih mengalir jatuh dari matanya,
walaupun anak kecil ini kerap kali melemparkan soalan pedih dan pilu ini kepadanya,
sang ibu tidak mampu berterus terang,kerana sebak yang terbuku di dada,
hati mana yang tidak pilu,tatkala mendapat perkahabaran suami tersayang
telah pun pergi untuk selamanya,meninggalkan keluarga tanpa pesan,
kerana seruan jihad telah mengatasi segalanya..
Sang ibu sentiasa mengucap syukur,kerana Allah telah memuliakan suaminya,
dengan gelaran seorang syahid,juga seorang pejuang agama..
maut tetapkan tiba,sang ibu sentiasa termenung,bilakan pula tiba masanya,
dia hanya mampu menangis dan berdoa kepada Allah,
agar dipertemukan mereka sekeluarga di alam akhirat kelak,di dalam syurga tertinggi,
Jannatul Firdaus.....dan bahagia untuk selama-lamanya....insyaallah..

Muhammad Faiz
Mazbah,Sana'a,Yaman.

Rabu, 25 Jun 2008

Anak jalanan...

0 comments
Sewaktu malam memanggil-manggil

Ibu masih belum pulang
perut sudah mula berkeriut
ayuh kita ke lorong sana, dik
tinggalkan penantian di sini

Redam tangan kecil adikku
tunggulah lagi, long
nanti ibu tak ketemui kita

Usah gusar adikku
mungkin ibu sudah kepenatan
pabila pulang nanti
dan terlupa akan kita
seperti hari-hari semalam

Ku renung dalam wajahnya
masih gembira dalam perit
jika dia menangis
tentu lebih sedih
lebih pedih

Betapa gelap lorong sepi
Membunuh cinta
aku dan
dia….

Selasa, 24 Jun 2008

Untuk wanita yang benci dan tak suka bertudung!

0 comments
PEREMPUAN CANTIK..TAPI X PAKAI TUDUNG!!!
1.….sbb dia xnak tutup aurat..
2.….sbb dia XNAK JAGA MARUAH…
3.….sbb dia xcantik ble pakai tudung..
4.…sbb dia nk tunjuk kecantikkan dia,,
5.…sbb die anak yang x nak dengar kata..
6.….sbb dia seorang yang kurang matang..
7.…sbb die xdengar cakap orang tua..
8.…sbb die XHORMAT orang lain..
9.…sbb die takut bile die pakai tudung org tak nak tgk dia..
10.…sbb nak diminati ramai lelaki..
11.…sbb die nk menyusahkan org lain..
12.…sbb nak dapt DOSA!!!
13...sbb dapat mendekati MAKSIAT!!
14.…sbb die nak lelaki yang XBERIMAN je nk kt die
15.…sbb die dengar cakap syaitan dan hawa nafsu..
16.….sbb die dapat MENAMBAHKAN ghairah lelaki..
17.…sbb bnyk lagi……jadi…KEPADA PRMPN2 YG XPAKAI TUDUNG 2...PAKAI2 LA TUDUNG.. KALO X..KEMUNGKINAN BESAR KORG TERGOLONG DALAM SBB KT ATAS NI…insaflah!

Sabtu, 21 Jun 2008

Yaman kini...

0 comments

Debu pasir bermain-main diudara ,
Menyerikan kota tertua didunia,
Sana'a....
Bumi yang tidak pernah mengenal tasik saujana,
Kerana kekeringan yang berpanjangan....
Anak-anak berlari-lari,
Dihadapan rumah pondok kain mereka,
Yang dihiasi sampah-sarap,
Ibu ayah meminta-minta,
Kerana fakir yang telah menimpa,
Bagai langsung tiada upaya,
Maruah tidak dihiraukan mereka,
Lapar,dahaga adalah pendorong,
Menjadi budaya zaman berzaman,
Tak pernah luput ditelan masa,
Kerana ketamakan pemimpin mereka,
Yang sentiasa mencari mangsa,
Menanti pula siapa yang seterusnya,
Yang tidak berpegang teguh dengan Al-Quran,
Juga sunnah Nabi kita....
Kemajuan...
Langsung tidak diendahkan mereka,
Selesa hidup dalam kemunduran,
Juga kekal didalam kejahilan,
Kerna duit poket hanyalah alasan,
Rasuah dan kroni amalan harian...
Rakyat hidup tanpa keselamatan,
Askar polis...
Yang tiada pegangan,
Hanya hiasan dalam pemerintahan,
Keselamatan negara hanya mainan..
Tak pernah serius dalam tugasan....
Rakyatnya pula..
Sesama sendiri pun saling berbunuhan,
Kabilah itu...Kabilah ini...
Mereka semua punyai senjata,
Hingga tercetus perang saudara,
Kerajaan tidak berani campur tangan...
Walau begitu...
kebaikannya tetap ada,
Hormat pada wanita,
itulah adat istiadat mereka
Cabul dan rogol langsung tiada,
Islam..
Adalah agama keturunan mereka,
Gereja,kuil tidak kelihatan,
Dadah ,Ganja diketepikan mereka,
Kerana Daun Qat pilihan utama,
Bumi tinggalan Puteri Balqis...
Tanah kelahiran para-para Anbiya',
Pernah disebut-sebut Rasulullah,
Bumi yang penuh dengan cahaya hikmah!!
Telah pun hilang semasa kejatuhan,
Empayar Uthmaniyah yang dibangga-banggakan...
Bilakah cahaya itu akan lahir semula?

Yaman.......

Muhammad Faiz ibnu Dr Hj Liwauddin
20/6/08
8.10 pagi
Di Perumahan Andalus,
Mazbah,Sana'a ,Yaman.

Khamis, 19 Jun 2008

Dunia ikan duyung masih dicari ...

0 comments
Gambar diatas adalah gambar seekor/seorang ikan duyung..


Kemajuan sains, teknologi hanya mampu membawa manusia pada kedalaman 4,000 meter di dasar laut

KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas.
Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini.

Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan.
Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu: "Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..."
Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan.
Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu.
Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung?
Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng.
Mitos sebelum itu menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan.
Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu.
Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya.
Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan.
Selain Columbus, seorang lagi pelayar, Henry Hudson mendakwa turut terserempak dengan ikan duyung pada 1608 ketika dia dan dua rakannya sedang belayar di lautan di utara Russia.
Lelaki itu menggambarkan ikan duyung yang ditemui mereka memiliki bahagian atas jasad seperti manusia, berambut panjang tetapi bahagian jasad bawahnya adalah ekor ikan.
Daripada dakwaan terserempak dengan makhluk aneh itu, misteri membabitkan ikan duyung semakin membingungkan apabila ada pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambarnya malah menangkap jasad makhluk itu.
Semakan menerusi internet mendapati ada pihak daripada merata dunia mendakwa menemui jasad ikan duyung, tetapi keaslian gambar yang tertera dalam beberapa artikel itu tidak dapat dipastikan.
Selain gambar, terdapat juga 'jasad' kononnya ikan duyung yang dipertontonkan dalam pameran tertentu tidak saja di Malaysia tapi di pelbagai negara lain.
Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun.
Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu.
Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan.
Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui.
Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus.
Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia?
Kalangan skeptikal menolak kewujudan ikan duyung sebagai satu spesies misteri yang belum ditemui sebaliknya mereka berhujah bahawa gambaran rupa dan jasad ikan duyung seperti diceritakan pihak tertentu sebenarnya disalah tafsirkan.
Mereka percaya bahawa pihak yang mendakwa menemui ikan duyung termasuk Columbus sebenarnya terlihat sejenis spesies hidupan laut yang digelar 'dugong'.
Ini berikutan dugung memiliki rupa yang agak menyerupai manusia malah turut menyusukan anaknya.
Malah, seorang penyelidik, Frank Buckland, pernah menjalankan kajian terhadap satu jasad makhluk kononnya ikan duyung yang dipamerkan sekitar abad ke-19.
Bagaimanapun, beliau mendapati bahagian atas jasad berkenaan iaitu tengkorak, rangka dan lengan sebenarnya milik seekor monyet dan bahagian itu dicantumkan dengan bahagian tulang ekor ikan yang besar.
Sehingga kini, misteri kewujudan ikan duyung masih diperdebatkan. Pihak skeptikal terus menafikannya manakala setengah pihak lagi percaya ia adalah spesies hidupan misteri yang masih belum ditemui.
Mungkin pada suatu hari nanti, kemajuan sains dan teknologi membolehkan manusia meneroka keseluruhan lautan, maka tidak mustahil yang jawapan kepada misteri ini akan diperoleh.
Sumber: http://www.wikipedia.com/, http://www.unexplained-mysteries.com/

Rabu, 18 Jun 2008

Rakyat diminta sabar, bijak hadapi isu minyak....

0 comments

Seri Paduka mahu sumber petroleum diurus dengan lebih cekap..


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru semua rakyat supaya bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak.
Seri Paduka bertitah: “Jika perlu mungkin elok untuk kita mengubah suai gaya hidup bagi memastikan tekanan daripada masalah ini dapat dikurangkan.

"Beta akur bahawa masalah kenaikan harga ini sememangnya amat menekan kehidupan rakyat. Namun beta berharap agar rakyat semua bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi situasi seumpama ini,” titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan menerusi RTM, malam tadi.
Seri Paduka mahu kerajaan terus memantau situasi itu dan mengambil segala tindakan bagi memastikan masalah dapat diatasi.
"Insya-Allah berkat kesabaran dan kebijaksanaan kita, masalah ini akan sama-sama kita atasi dan kita akan bertambah matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya,” titah Seri Paduka.
Seri Paduka juga menitahkan supaya pengurusan sumber petroleum negara diurus dengan cekap supaya kekayaan itu dapat terus diwarisi dan dinikmati oleh generasi akan datang.
Titah Seri Paduka, jika bukan dalam bentuk asalnya, hasil yang diperoleh hari ini wajar dilaburkan dalam aspek lain seperti pembangunan prasarana supaya ia turut dinikmati generasi akan datang.
"Beta khuatir dan prihatin apabila dimaklumkan bahawa menjelang 2011, import petroleum negara akan lebih tinggi daripada eksport.
"Beta berpandangan bahawa adalah tidak adil jika kurniaan Tuhan ini kita perah dan manfaatkan hasilnya dengan sepenuhnya tanpa ditinggalkan sedikitpun untuk generasi akan datang,” titah Seri Paduka.
Merujuk kepada sistem kehakiman negara, Seri Paduka mahu melihat sistem kehakiman wujud sebagai institusi yang bebas, adil dan diyakini rakyat.
Seri Paduka menyambut baik sebarang usaha yang diambil untuk memperkasakan sistem kehakiman negara, termasuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.
Seri Paduka turut mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah dan pengambilan lebih ramai pegawai pencegah rasuah.
Baginda juga yakin rancangan kerajaan untuk mengkaji semula Akta Percetakan dan Penerbitan Negara dapat memastikan media memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya....

Jendela dunia Islam...

0 comments

Taman Tamadun Islam bukti keunggulan seni warisan seni bina Islam.




ANDA tidak perlu pergi ke Agra, India untuk melihat keindahan seni bina Taj Mahal yang dibina Maharaja Monghul, Shah Jahan atau ke Istanbul, Turki bagi melihat keunikan Kompleks Sulayman. Semuanya ada di Malaysia atau lebih tepat lagi di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Kisah benar buat teladan....

0 comments
"Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran…Insya-Allah…Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kahwin ataupun akan kahwin nanti, kisah ni biarlah tersemat dalam jiwa…
Kira-kira 15 hari lalu, seorang hamba Allah ( si A ) telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut ( kerana sakit jantung ). Allahyarharham merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampong beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara-mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak henti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Beliau turut hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah : Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 3 orang adiknya memegang 10% peratus masing-masing).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan wasiatnya arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulung masih bersekolah di tingkatan 4 manakalanya yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah : 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hokum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persenderian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepda adik lelakinya yang ketiga dan kelima: manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
“Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya padaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga,”.
“Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat,”.
“Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga,”.
“Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang berlaku akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam....

Isnin, 16 Jun 2008

Apa Hukumnye yer?....

1 comments
Gambar sebelah:Daun Qat yang masih Segar...
Hukumnya terlalu banyak,ada ulamak yang berpendapat ianya adalah haram,ada juga makruh...tapi kebanyakan ulamak di tanah arab ni berpendapat haram,terutamanya di saudi...

Sabtu, 14 Jun 2008

Al-Kisahnya Daun Qat…

0 comments

Gambar diatas adalah gambar dr sabri(yg berjambang tu!) bersama dengan orang yang tengah makan daun qat....Ianya adalah sejenis daun yang berwarna hijau,ditanam di tanah yang tinggi,nama saintifiknya(celastrus edulis),sifatnya macam daun teh la skit2,daun ni sangat masyur di yaman,kalau korang datang yaman,jangan pelik la bila tengok orang2nya pipi diorang besar semacam,ada yang kembung cam nak meletup,,cara diorang guna daun ni adalah dengan menguyahnya sampai hancur,and then hisap airnya,khasiatnye sama macam isap dadah jugak,coz saintis dah kaji,dan mereka mendapati terdapat didalamnya bahan kimia yang tergolong dikalangan dadah kelas 3,mula2 kunyah tu memang tak rasa apa,lepas 2,3 jam je,terus khayal(saya x pernah makan,ni diorang yang citer!)...

Inilah kita di alam maya....

0 comments
Aku telah datang sedangkan aku tidak tahu dari mana aku,tetapi aku tetap juga datang..
Aku telah melihat sebatang jalan dihadapanku,lalu aku terus berjalan diatasnya...
Dan aku akan tetap terus berjalan,walaupun aku hendak ataupun tidak..
Bagaimana aku datang?dan macam mana aku boleh melihat jalanku itu..
Aku pun tidak tahu!....
Adakah aku dalam kewujudan ini telah lama ataupun masih baru?
Adakah aku seorang yang bebas ataupun ditawan didalam tahanan?
Adakah aku yang mengawal diriku didalam kehidupan ini atau aku yang dikawal?
Aku sangat berharap agar aku dapat mengetahuinya...tetapi...
Aku masih juga tidak tahu!... Jalan aku,apa jalan aku itu?..
Adakah ia masih panjang ataupun semakin pendek?
Adakah aku sedang mendaki ataupun aku telah jatuh dan tenggelam didalamnya?
Adakah aku yang berjalan di atas jalan itu atau jalan itu yang berjalan?
Ataupun keduanya berhenti dan waktu yang berjalan?
Aku masih juga tidak tahu!.............
Dipetik dan diterjemah dari Puisi Jibran Khalil Jibran,seorang anak watan Mesir ,dilahirkan pada tahun 1880 masihi.Pada tahun 1911 masihi dia telah berhijrah dan bermukim di Amerika,dan dia seorang yang bukan muslim,dia mempunyai sedikit kesedaran,tetapi akhir hayatnya mati dalam keadaan kufur...syair ini telah banyak membuat orang-orang bukan islam terpinga-pinga selepas membacanya atau mendengarnya..dan ada juga yang tertarik dengan islam selepas merenunginya...

Khamis, 12 Jun 2008

Universiti Lain Dari Yang Lain

0 comments
Universiti yang saya sedang belajar sekarang,agak berbeza sedikit dari universiti yang lain,diantaranya adalah:
1. Makan minum percuma
2. Tempat tinggal percuma
3. Pembelajaran Syariah yang Sepenuhnya Tanpa Apa-apa bayaran
4. 4 tahun untuk Diploma dan dan 7 tahun untuk Master.
5. Tiada Yuran Pendaftaran atau Yuran Bulanan
6. Diasaskan oleh Ulama'-ulama' ditanah arab yang betul-betul ikhlas untuk mengembangkan agama Allah s.w.t,dan menghasilkan ulama' yang teguh dan megikut hukum-hakam Allah dengan sepenuhnya.
7. Pelajar-pelajar terdiri dari 50 buah negara di seluruh pelusuk dunia,diantaranya adalah Amerika,Perancis,Montenegro,German,Kosovo,Meldova,Nigeria,Somalia,South Africa,Indonesia,Malaysia,China,Russia,Pakistan,Tajikistan,Albania,Sudan..dan yang lain-lain

Selasa, 10 Jun 2008

Bermulanya pengajian..

1 comments
Alhamdulillah saya dan adik saya Zikri,telah diterima masuk ke Universiti Al-Iman,Sanaa,Republik Yaman,insyaallah kami akan berada di bumi yaman dalam tempoh 4 tahun lagi,lagipun keluarga saya masih tinggal di sini,insyaallah mereka akan pulang di tahun hadapan,tinggallah kami berdua di sini....

Selasa, 27 Mei 2008

Pengharaman Mengumpat

0 comments
- Mengumpat adalah perkara lumrah dalam kehidupan seseorang insan,ianya adalah sebahagian dari naluri manusia biasa,oleh itu tidak dapat tidak kita harus mengenalinya, apakah erti kata mengumpat dalam makna yang sebenar,dan apakah hukumnya di sisi agama islam.Cuba kita lihat pada ayat ini :

قال الله تعالى: {ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرحتموه واتقوا الله إن الله تواب الرحيم}

-Bermaksud :
Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah daripada kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu gemar memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat itu) sudah tentu kamu jijik(berasa kotor) kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(surah al-hujrat:ayat 12)

-Dari segi terjemahannya sudah cukup jelas kepada kita , bahawasanya Allah s.w.t melarang kita daripada mencari keaiban orang lain,dan setiap larangan didalam Al-Quran ataupun Hadis berdasarkan usul-fiqh adalah satu pengharaman. Allah juga membuat persamaan pula seolah-olah kamu memakan daging mayat saudara kamu yang diumpat itu.Alangkah jijiknya perumpamaan yang Allah berikan kepada kita,supaya dapat kita tahu betapa jijik dan kotornya perbuatan mengumpat itu.


قال الله تعالى: {ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد}
-Bermaksud:
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pemerhati yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).(surah Qaaf:ayat 18)

-Justeru itu setiap orang yang beriman hendaklah berhati-hati dalam setiap percakapan,kerana malaikat pencatat tidak pernah meninggalkan sedikit pun perkara yang kita lakukan melainkan akan dicatat olehnya ,dan akan dihisab di hadapan Tuhan semesta alam kelak.

وعن أبي هريرة رضي الله عنه أنّ رسول الله (ص) قال : " أتدرون ما الغيبة؟ ", قالوا :" الله ورسوله أعلم" , قال:"ذكرك أخاك بما يكره".قيل :"أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟.قال :"إن كان فيه ما تقول , فقد اغتبته , وإن لم يكن فيه ما تقول فقد بهتَّهُ ".
Makna Mengumpat :

-Maksudnya : Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bertanya : “Adakah kamu semua tahu apa itu mengumpat?”.Maka sahabat-sahabat baginda pun menjawab : “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”.Lalu baginda bersabda: “Kamu bercakap mengenai saudara kamu perkara yang dia tidak suka.” Lantas seseorang pun bertanya kepada baginda : “Apakah pendapat tuan jika saya bercakap mengenai perkara yang ada pada saudara saya itu?.Baginda pun menjawab: “Sekiranya apa yang kamu cakap itu ada pada saudara kamu,maka kamu telah mengumpatnya , dan jika tidak ada padanya maka kamu telah membunuhnya (memfitnahnya)”.hadis riwayat Imam Muslim

- Terkadang kita tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk,begitu juga sahabat-sahabat baginda s.a.w,mereka juga keliru untuk membezakannya ,oleh itu Rasulullah s.a.w menerangkan dengan jelas didalam Hadis ini tentang ciri-ciri dan bentuk mengumpat itu,supaya dapat kita mengenalinya dalam erti kata yang betul dan dapat kita menjauhinya dalam kehidupan kita.

وعن سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال :" قُلْتُ يَا رَسُوْلَ الله حَدَّثَنِي بِأَمْرٍ أَعْتَصِمُ بِهِ" , قَال :" قُلْ رَبِّي الله , ثُمَّ اسْتَقِمْ " , قُلْتُ : " يا رَسُولَ الله مَا أَخْوَفُ مَا تَخَفْ علي؟ فأخذ بلسان بنفسه , ثم قال : " هذا! " رواه التلميذي.

Amaran Rasulullah s.a.w :

-Maknanya : Diriwayatkan oleh Sufian bin Abdullah r.anhu dia berkata : Aku pernah bertanya Rasulullah s.a w “ Beritahulah aku satu perkara yang aku dapat berpegang teguh dengannya” Maka baginda bersabda “Katakanlah Tuhanku adalah Allah, kemudian berpegang teguhlah!”,selepas itu aku bertanya lagi : “Wahai Rasulullah apakah yang kamu lebih takut ke atas diriku?.Maka baginda memegang lidah baginda sendiri dan bersabda : “Inilah!”. Hadis riwayat Imam Tirmizi

- Jawapan Rasulullah s.a.w terhadap pertanyaan seorang sahabat ini sudah cukup jelas untuk kita fikirkan bersama ,kenapakah baginda terlalu memberi amaran sehingga tidak cukup hanya bercakap sahaja tetapi baginda memegang lidah baginda sendiri!.Apakah yang tersirat disebalik perbuatan baginda ini?.

Isnin, 26 Mei 2008

Welcome2 my frenz

0 comments

جِئْتُ لا أعلم من أين

ولكنِّي أتيْتُو
لقد أبصَرْتُ قُدَّامَي طريقا
فمَشَيْتُوسأبقي ماشياً
إن شئْتُ هذا أَمْ أَبَيْتُكيف جِئْتُ ؟
كيف أَبْصَرْتُ طريقي؟لَسْتُ أَدْرِي
......
أقديم أنا في هذا ا لوجود؟

هل أنا حرٌّ طليقٌ أم أسير في قُيُوْد؟
هل أنا قائد نفسي في حياتي أم مقود؟
أتمنَّى أنَّنِي أدري ولكن....لست أدري.
وطريقي,ما طريقي

؟ أطويل أم قصير؟
هل أنا أصعد أم أهبط فيه وأغور؟
هل أنا السائر في الدرب أم الدرب يسير؟
أم كلانا واقف والدهر يجري؟
.......لسْتُ أدري......
 
Copyright 2010 AMBOI.
Designed by PANKAJ C. Thanks to BloggerBits