You are reading Inilah kita di alam maya....

Pages

Sabtu, 14 Jun 2008

Inilah kita di alam maya....

Aku telah datang sedangkan aku tidak tahu dari mana aku,tetapi aku tetap juga datang..
Aku telah melihat sebatang jalan dihadapanku,lalu aku terus berjalan diatasnya...
Dan aku akan tetap terus berjalan,walaupun aku hendak ataupun tidak..
Bagaimana aku datang?dan macam mana aku boleh melihat jalanku itu..
Aku pun tidak tahu!....
Adakah aku dalam kewujudan ini telah lama ataupun masih baru?
Adakah aku seorang yang bebas ataupun ditawan didalam tahanan?
Adakah aku yang mengawal diriku didalam kehidupan ini atau aku yang dikawal?
Aku sangat berharap agar aku dapat mengetahuinya...tetapi...
Aku masih juga tidak tahu!... Jalan aku,apa jalan aku itu?..
Adakah ia masih panjang ataupun semakin pendek?
Adakah aku sedang mendaki ataupun aku telah jatuh dan tenggelam didalamnya?
Adakah aku yang berjalan di atas jalan itu atau jalan itu yang berjalan?
Ataupun keduanya berhenti dan waktu yang berjalan?
Aku masih juga tidak tahu!.............
Dipetik dan diterjemah dari Puisi Jibran Khalil Jibran,seorang anak watan Mesir ,dilahirkan pada tahun 1880 masihi.Pada tahun 1911 masihi dia telah berhijrah dan bermukim di Amerika,dan dia seorang yang bukan muslim,dia mempunyai sedikit kesedaran,tetapi akhir hayatnya mati dalam keadaan kufur...syair ini telah banyak membuat orang-orang bukan islam terpinga-pinga selepas membacanya atau mendengarnya..dan ada juga yang tertarik dengan islam selepas merenunginya...
  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo

0 comments:

 
Copyright 2010 AMBOI.
Designed by PANKAJ C. Thanks to BloggerBits