
Debu pasir bermain-main diudara ,
Menyerikan kota tertua didunia,
Sana'a....
Bumi yang tidak pernah mengenal tasik saujana,
Kerana kekeringan yang berpanjangan....
Anak-anak berlari-lari,
Kerana kekeringan yang berpanjangan....
Anak-anak berlari-lari,
Dihadapan rumah pondok kain mereka,
Yang dihiasi sampah-sarap,
Ibu ayah meminta-minta,
Kerana fakir yang telah menimpa,
Bagai langsung tiada upaya,
Maruah tidak dihiraukan mereka,
Lapar,dahaga adalah pendorong,
Menjadi budaya zaman berzaman,
Tak pernah luput ditelan masa,
Kerana ketamakan pemimpin mereka,
Yang sentiasa mencari mangsa,
Menanti pula siapa yang seterusnya,
Yang tidak berpegang teguh dengan Al-Quran,
Juga sunnah Nabi kita....
Kemajuan...
Kemajuan...
Langsung tidak diendahkan mereka,
Selesa hidup dalam kemunduran,
Juga kekal didalam kejahilan,
Kerna duit poket hanyalah alasan,
Rasuah dan kroni amalan harian...
Rakyat hidup tanpa keselamatan,
Askar polis...
Yang tiada pegangan,
Hanya hiasan dalam pemerintahan,
Keselamatan negara hanya mainan..
Tak pernah serius dalam tugasan....
Rakyatnya pula..
Sesama sendiri pun saling berbunuhan,
Sesama sendiri pun saling berbunuhan,
Kabilah itu...Kabilah ini...
Mereka semua punyai senjata,
Hingga tercetus perang saudara,
Kerajaan tidak berani campur tangan...
Walau begitu...
Walau begitu...
kebaikannya tetap ada,
Hormat pada wanita,
itulah adat istiadat mereka
Cabul dan rogol langsung tiada,
Islam..
Islam..
Adalah agama keturunan mereka,
Gereja,kuil tidak kelihatan,
Dadah ,Ganja diketepikan mereka,
Kerana Daun Qat pilihan utama,
Bumi tinggalan Puteri Balqis...
Bumi tinggalan Puteri Balqis...
Tanah kelahiran para-para Anbiya',
Pernah disebut-sebut Rasulullah,
Bumi yang penuh dengan cahaya hikmah!!
Telah pun hilang semasa kejatuhan,
Empayar Uthmaniyah yang dibangga-banggakan...
Bilakah cahaya itu akan lahir semula?
Yaman.......
Muhammad Faiz ibnu Dr Hj Liwauddin
20/6/08
8.10 pagi
Di Perumahan Andalus,
Mazbah,Sana'a ,Yaman.
0 comments:
Catat Ulasan