
Mentari senja telah pun terbenam,
malam mula melabuhkan tirainya,
bersama perhiasan bulan dan bintang,
kesuraman memenuhi alam...
Di suatu perkampungan usang,
kelihatan anak-anak kecil mengadu kelaparan,
"Ibu,IBU!bila kita dapat makan?",tanya si anak kesedihan,
akan rezeki yang tidak berketentuan,
"Ibu!,bila ayahkan pulang?",
bertanya pula mengenai ayah yang tidak akan pulang,
rindu mereka terhadap ayah telah pun menebal,
kehilangan ayah amat dirasakan,
kesunyian sentiasa memenuhi pelusuk rumah,
sejak ketiadaan sang ayah,tiada lagi gurau senda dan hilai tawa,
sang ibu terkedu seketika,
tanpa menyedari air jernih mengalir jatuh dari matanya,
walaupun anak kecil ini kerap kali melemparkan soalan pedih dan pilu ini kepadanya,
sang ibu tidak mampu berterus terang,kerana sebak yang terbuku di dada,
hati mana yang tidak pilu,tatkala mendapat perkahabaran suami tersayang
telah pun pergi untuk selamanya,meninggalkan keluarga tanpa pesan,
kerana seruan jihad telah mengatasi segalanya..
Sang ibu sentiasa mengucap syukur,kerana Allah telah memuliakan suaminya,
dengan gelaran seorang syahid,juga seorang pejuang agama..
maut tetapkan tiba,sang ibu sentiasa termenung,bilakan pula tiba masanya,
dia hanya mampu menangis dan berdoa kepada Allah,
agar dipertemukan mereka sekeluarga di alam akhirat kelak,di dalam syurga tertinggi,
Jannatul Firdaus.....dan bahagia untuk selama-lamanya....insyaallah..
Muhammad Faiz
Muhammad Faiz
Mazbah,Sana'a,Yaman.





